sebelum kisahku bermula..

Sudah tersurat

Sebelum kisahku bermula

Ada hikayat mencorak sejarah

Pernah hadir dalam hidupku

Kamu..



Sudah tersurat

Sebelum kisahku bermula

Ada kamu sebelum dia

Sebelum hatiku menoktahkannya

Pernah wujud dalam hatiku

Kamu..



Sudah tersurat

Sebelum kisahku bermula

Pernah matamu menjadi igauanku

Kuburu bayangmu setiap waktu

Pernah wujud dihatiku

Kamu..



Sudah tersurat

Sebelum kisahku bermula

Pernahku sapa lembut dirimu

Lupa sebentar jadi diriku

Tutur kasarku menjadi lembut lakuku

Berhadapan denganmu aku kaku

Kerana

Pernah wujud dihatiku

Kamu..



Kini

Sudah tersurat

Kisahku telah bermula

Kamu sudah dimiliki

Hatiku juga sudah terpaut padanya

Ku pendam kisah itu

Sebagai kisah

Sebelum kisahku bermula..


Thea Mawaddah.. tatkala ilham mengetuk pintu hatiku..

Kepada Dia..

kepada Dia
aku menyerahkan takdirku
apa yang dikatakan-Nya
akan aku turuti dengan sepenuhnya

kerana Dia Maha Mengetahui
apa yang terbaik untukku
aku hanya mampu berusaha
redha dan tawakal kepada-Nya juga

hanya kerana Dia adanya aku di dunia
untuk membuat segala kebaikan
dan menentang segala kejahatan
untuk kebaikkan bersama

dan kepada Dia jua
aku meminta dan berdoa
agar apa yang direncana dapat dilaksana
baik di dunia dan di akhirat sana

-Pena Arjuna 29/10/2010


Kisah itu kisah kita (Part 3 END)

Perjalanan balik ke pejabat hanya dipenuhi denagn celoteh dari dj muzik f.m. Kali ini Qushairi yang memandu kereta Nashila itu. Sekilas dipandangnya wajah Nashila yang menunduk itu. Punat radio di offkan. Nashila tersentak.

“sampai hati kau Shi..” perlahan. Tapi menusuk hati Nashila.

“im sorry Shai.. Tak tau nak bagitau kau macamana..”

“ kau selalu je macam tu kan. Tak penting ke aku buat kau Shi?”

“Shai..”

“jadi jugak kau dengan Johan tu ya..”

“ Johan? Nonsense..” tutur Nashila sedikit tertawa.

“ nape?”

“dah 8 tahun aku lupa nama tu Shai. Muka dia pun aku dah tak ingat..”

“maksud kau? Kan hari kau nak pindah tu aku nampak kau ngan dia. Aku tengok kau macam beriya je sedih nak tinggalkan mamat tu. Siap sarung sarung cincin lagi..”

“ha, lain kali kalau tak tau, buat cara tak tau. Aku bukan nangis nak tinggalkan dia la. Aku nangis sebab sedih nak break-up ngan dia. Cincin tu hadia dia masa kami bersama dulu. Aku nak pulangkan dia tak bagi. Dia suruh simpan buat kenangan. Apa lah kau ni Shai..”

“eh. Jadi sape pulak bakal suami kau ni?”

“Shahmin. Anak kawan abah aku. Pilihan keluarga Shai. Tak kuasa aku nak bantah..”

“tapi, takkan kau nak kahwin tanpa cinta?”

“cinta boleh hadir selepas kahwin. Bagi aku, aku tak pernah dan tak perlu merasa cinta. Yang penting hidup bahagia..”

“kau yakin kau boleh bahagia?”

“insyaAllah..”

“tapi.. janji kau?”

“janji?” Nashila tertanya sendirian.

Nashila terkejut. Sebaik sahaja pintu pejabatnya dibuka, kelihatan tunangnya sedang duduk di sofa di penjuru biliknya.

“ keluar dengan sape tadi?” soal Shahmin tanpa menoleh.

“ er, dengan kawan. Min da lama sampai?” soal Nashila tergagap.

“ Nas, Min rasa kita perlu berbincang.” Tegas suara Shahmin. Nashila menelan liur.

“Min, I can explain..”

“Nas, bukan sekali Min dengar cerita pasal Nas. Selalu. Sampai Min dah naik muak dengar. Nas tau tak?!” marah Shahmin. Egonya tercabar apabila mendengar cerita tunangannya. Apatah lagi tadi ketika dia ingin menjemput Nashila keluar, dengan mata sendiri dia melihat kemesraan tunangnya itu dengan lelaki lain. Shahmin ingin membuat kejutan, tetapi dirinya pula yang terkejut.

“ maafkan Nas,Min. Nas pernah cerita dengan Min kan pasal kawan baik Nas dari kecil? Itulah orangnya Min..”

“ so, itulah Qushairi? Hm.. tak macam kawan pun..” sinis ucapan Shahmin. Masih ragu.

“Shahmin..”

“ Min lelaki Nas. Min tau dari cara dia layan Nas. Min tak buta Nas.” Katanya lalu meninggalkan Nashila.

Hari yang dinantikan tiba. Malam itu, Nashila sedang di inaikan oleh ibunya. Setelah siap ibunya meninggalkan Nashila berdua dengan Qushairi. Fikirnya, tentu ada yang ingin dibicarakan oleh dua sahabat baik itu.

“ Shi, mungkin apa yang aku nak cakap ni dah terlewat. Tapi aku perlu luahkan sekarang. Malam ni. Esok, kau dah jadi isteri orang. Berdosa aku kalau meluahkannya selepas itu..” perlahan tutur Qushairi.

“apa dia Shai?”

“ Shi, pertemuan semula kita ni memang aku dah rancang. 6 bulan lepas, Ayah Long aku ada jemput aku makan malam kat rumahnya. Masa tu aku baru habis study. Dia tawarkan aku pekerjaan ni sebab pengurus lama dah nak pindah. Asalnya aku tak nak. Aku nak berehat dulu dan cari kau. Tapi dah takdir Allah, aku fikir ia jodoh kita Shi. Masa aku belek fail syarikat, aku ternampak gambar kau. Terus aku terima tawaran Ayah Long. Aku dah rancang semuanya dan aku nak tagih janji kau pada aku dulu..” ujar Qushairi dalam sebak yang ditahan.

“janji? Janji apa Shai?” soal Nashila hairan. Selalu benar dia mendengar Qushairi menyebut janji.

“janji kau nak kahwin ngan aku Shi..” ujar Qushairi perlahan. Pantas ingatan Nashila memutar kenangan di atas batu besar di pantai kampung mereka dulu. Memori kanak kanak yang berumur 10 tahun. Sepantas itu, air matanya mengalir.

“Shai,memang kau terlewat Shai..”

Sudah 2 tahun Nashila bergelar isteri serta suri rumah sepenuh masa kepada Shahmin. Sudah 2 tahun jugalah sepak terajang menjadi peneman hidupnya. Malahan airmatanya juga sudah kering menangisi nasibnya. Ibu bapa Nashila tidak tau akan hal ini kerana Nashila tidak mahu mereka berasa bersalah padanya.

Malam perkahwinan yang sepatutnya menjadi memori indah setiap pengantin menjadi igauan ngeri buatnya. Malam pertamanya bersulam air mata akibat tamparan sulung seorang suami kerana keengganannya memenuhi permintaan si suami yang sudah lama terasa carik egonya.

“ hah! Termenung aja! Kau dah takde kerja nak buat ke ha?!” sergah Shahmin lalu menghadiahkan tamparan buat kesekian kalinya pada Nashila. Wajah gebu putih bersih itu kini kian cengkung bertambah lebamnya.

“Min, baik kau bunuh aku saja dari kau seksa aku macam ni..” lirih suara Nashila.

Shahmin yang mendengarnya hanya mendengus. Perit hatinya mendengar suara Nashila. Insan yang pernah dan masih dicintainya. Namun egonya menghalangnya mencurahkan rasa cinta dihatinya.

“Min..” rayu Nashila lagi.. tangannya memaut kaki Shahmin.

“argh!!” pekik Shahmin sambil menarik kakinya. Nashila yang berada dipinggir tangga itu jatuh bergolek ketingkat bawah. Darah merah mengalir dari kepala dan hidungnya. Shahmin terpaku. Ibu dan ayah Nashila yang baru tiba juga terpaku. Masa seakan terhenti..

********************************************************************

3 tahun sudah berlalu. Kini Nashila bebas. Bebas dari cengkaman Shahmin. Hari ini Shahmin dibebaskan dari penjara atas tuduhan mendera.

Ombak terus menghempas pantai. Tidak kira dimana pantai itu berada, ombaknya tetap sama. Ombak Laut China Selatan tetap menggulung dan memeriahkan lautan.

Suasana di kompleks Sukan Laut W.P Labuan sunyi. Tambahan pula hari ini ialah hari bekerja. Kesunyian itulah yang dicari Nashila. 3 tahun lalu, setelah sembuh lukanya, dia mengambil keputusan untuk berhijrah ke Pulau Labuan yang indah ini. Pulau yang dikelilingi laut ini amat mententeramkan jiwanya.

Keputusan itu diambilnya kerana malu untuk berhadapan dengan insan yang selama ini dicintainya. Dan dalam diam turut mencintainya. Qushairi..

“Shai..” dalam keluhan dia menyeru nama itu.

“ ya sayang..” tiba tiba terdengar bisikan halus di belakangnya.

“Shai! Apa kau buat kat sini?”

“Shi, aku datang untuk kau..”

“dah lah Shai. Aku tak perlukan kau. Kau pergi dari sini!” bentak Nashila.

“ iye lah tu. Tadi dok la Shai.. Shai..” perli Qushairi mengajuk Nashila.

“ mana kau tahu aku kat sini?”

“ tuhan beri ilham,,”

“ Shai,dah la. Kita tak sepadan. Tak usahlah kau cari aku lagi. Lupakan lah janji kanak kanak tu..”

“aku tak kisah Shi. Janji tetap janji..”

“ Shai.. dah la..”

“aku takkan lepaskan kau lagi Nashila Zulaika..”

“terpulanglah. Keputusan aku muktamad..”

“ jangan menyesal nanti Shi..”

Kelam kabut Nashila berlari mencari wad dimana Qushairi ditempatkan. Di satu sudut wad, kelihatan keluarga Qushairi berkumpul. Hanya Puan Zainab menangis tersedu sedan. Bertambah gamat apabila dilihatnya Nashila. Di atas katil, terbaring jasad kaku bertutup selimut putih.

“aku nak.. aku nak..”

“nak apa?!”

“aku nak kahwin dengan kau boleh?”

“hm, boleh tapi kau kena jadi hensem dulu lah. Baru aku nak kahwin ngan kau. Hehe..”

Semuanya terngiang di telinga Nashila.. Janji mereka dahulu. Janji yang membawa Qushairi kesini.

“Sh..Sh..Shai..!!” jerit Nashila.

“sabar Nas..Sabar.. dah takdir tuhan..”kata ibu Qushairi,Puan Zainab.

“Mak Nab, macamana boleh jadi macam ni?” esak Nashila.

“ Que kemalangan lepas jumpa Nas semalam..”

“Shai.. ini semua salah Shi.. Shi terlewatkah Shai? Semalam Shi dah terfikir nak terima Shai. Tapi sekarang.. bangunlah Shai.. ini semua mimpi.. mimpi! Shai tak mati kan Shai.. tak kan..?” raung Nashila.

“he’ehhh.. mana tau ni..” tiba tiba suara Qushairi kedengaran. Jasad kaku itu bergerak. Pucat muka Nashila melihatnya. Terkaku dia seketika.

“betulke Shi sayang nak terima Shai?” soal Qushairi penuh mengharap. Ahli keluarganya yang lain mengulum senyum. Gimik spontan menjadi.

“ Shai!!” jerit Nashila memukul badan Qushairi..

“sakit yang,,” gedik Qushairi.

“Shai tipu Shi..” esak Nashila bermula lagi.

“ sorry.. tadi Shai ambik angin kat luar,tiba – tiba nampak Shi. Tu yang keluar idea spontan tu.. huhu.. cayalah Ummi. Boleh jadi pelakon terbaik a ummi ni..” gelak Qushairi sambil mencium pipi ibunya.

“ teruk lah Shai ni!” marah Nashila

“ manada teruk. Luka sikit je ni..”Qushairi menggedik lagi.

“hm,, jadik…” Qushairi buat muka sengih.

“eleh,, sapa nak kahwin ngan awak. Kan Shi dah kata nak kahwin ngan Shai kalau Shai ensem,ni tangan pun berbalut..” sindir Nashila tersenyum.

“ huh, eksen. Tadi dia yang meraung raung. Nak jual mahal lak. Hahaha. Bulan depan ummi dapat menantu baru la nampak gayanya..” usik Qushairi lagi.

******************************************************************

“menung apa?” soal Qushairi yang memeluk isterinya dari belakang.

“takde apa apa. Saja nak termenung..” jawab Nashila sambil tersenyum. Tahu apa yang bakal dikatakan oleh suaminya itu.

“hm,tu bengong dia dah datang lah tu.”

“hehe. Takde la bang. Saya sedang menikmati keindahan ciptaan Allah ni. Terimakasih ye bang sebab sudi tunaikan impian saya..” ucap Nashila perlahan. Lengan suaminya dipegang erat.

“sama sama kasih. Kan abang sayangkan sayang. Apa saja sayang nak abang akan cuba tunaikan. Tapi jangan nyawa abang dah la. Abang nak hidup dengan sayang. Hehe..”

“ ye lah tu. Jangan- jangan tu jugak ayat abang untuk bekas makwe abang tu.. first love la katakan..”

“huisshh,, kesitu pulak. Sayang la first love abang, dari kita zaman kanak kanak lagi. Sayang masa tu berhingus hingus lagi tau. Hehe..”

“main – main ye. Orang tanya betul betullah. Iesya tu..”

“betullah. Sebenarnya abang tak pernah pun suka kat Iesya. Abang anggap dia macam adik abang je. Abang pikat dia pun sebab budak budak lelaki kelas kita cabar abang. Lepas dia, takde pun sesiapa yang dapat mencuri hati abang ni. Sayang je la yang mampu. Pencuri!hehehe..” ujar Qushairi. Keikhlasan terpancar di raut wajahnya.

“sama lah kita. Abang tu la. Kalau bagi tau awal awal, tak la saya nak terima Johan. Kesian dia kena main ngan saya.” Usik Nashila pula.

Kedua – duanya asyik berbual sambil menikmati pemandangan indah dari atas kapal pelayaran ‘Star Cruise’ itu. Lautan gelap sunyi. Hanya langit yang meriah dengan kerlipan bintang dimalam hari.

“ ummi ngan abi ni kalau dah romantik romantik mana nak ingat kita..” sindir satu suara dibelakang pasangan itu.

“haah lah Long. Macam orang honey moon je ummi ngan abi ni.” Sahut satu suara lagi.

Seperti baru semalam mereka disatukan sedangkan sudah 15 tahun telah berlalu. Anak sulung mereka, Sharifah Qairina Nazura sudahpun berumur 14 tahun. Kembarnya Syed Qairul Nazrul kini sedang berada di kampung kerana mendalami ilmu agama dari datuknya. Si bungsu yang nakal ini pula bernama Syed Qairul Nazwan, berumur 10 tahun namun petah dan bijak menyindir seperti ummi dan abinya.

“ye lah.. dah malam ni, pergi masuk dalam kabin korang. Kang demam ummi ngan abi jugak yang susah” arah Nashila.

Qushairi tertawa. Tahu isterinya malu diusik begitu. dipandangnya wajah itu. Walaupun mereka sudah berusia, sayangnya pada isterinya itu tetap masih seperti dulu. Sama seperti ketika mereka melafazkan janji mereka dulu.

TAMAT

nukilan: Thea Mawaddah.

Kisah itu kisah kita (Part 2)

Nada dering ‘ruang rindu’ Letto itu mengejutkan Nashila dari angannya.

“assalamualaikum, Er,Nas sibuk Min. Haah,Nas ada meeting lepas ni. Ya, nanti kita keluar ok. Ya, Nas janji. Bye..” Nashila mengeluh. Letih menjawab panggilan Shahmin,tunangnya.

“apalah nasib aku ni,asyik nak terima orang je. Hati aku bukan cinta pun. Dah takdir aku ke?” bisik Nashila didalam hati.

Asyraf Shahmin. Anak kepada sahabat baik ayahnya. Sudah dua tahun mereka ditunangkan. Nashila hanya menerima pilihan keluarganya.

“hoi! Termenung nampak..” sergah Rina,rakan sepejabat Nashila.

“kau ni Rin. Tak reti bagi salam ke?” marah Nashila.

“ehehe,relax la. Eh, kau tak nak pergi bilik mesyuarat ke? Kan lepas ni ada majlis perkenalan ngan manager baru syarikat ni?”

“lupe. Hehe. Jom..” sengih Nashila.

Bilik mesyuarat kelihatan lengang. Masih belum ramai pegawai – pegawai syarikat yang tiba.

“ Rin,aku nak pegi toilet sat. Nak touch up sikit. Hehe..” kata Nashila lau bangun. Nashila merapikan pakaian dan wajahnya. Bibirnya disapu sedikit lip balm bagi menyerikan lagi wajahnya. Imej sebagai seorang pegawai pemasaran harus dijaga. Pandangannya tertancap pada rantai dilehernya. Rantai perak berloket huruf ‘Q’ itu masih dipakainya. Inilah hadiah dari Qushairi pada hari perpisahan mereka 8 tahun yang lalu.

“oi! Lambat la kau! Bos baru tu dah nak sampai dah..” sergah Rina. Nashila hanya mampu menggelang. Sudah letih hendak memarahi rakannya itu.

Suasana bilik mesyuarat terasa hening. Masing – masing tidak sabar menunggu kedatangan pengurus baru syarikat itu. Nashila tersentak dengan gegaran dari saku seluarnya. Dia segera keluar dari bilik mesyuarat setelah mendapati panggilan itu dari ibunya.

“fuh,hensemnya..” bisikan dari Rina itu menyambut Nashila sebaik sahaja dia kembali masuk kedalam bilik itu.

“hensem?” soal Nashila.

“haah. Kalah Salman Khan..” seloroh Rina. Nashila menoleh kearah pengurus baru tersebut. Terasa kering darahnya. Ternyata pengurus baru itu juga sedang memerhatikannya.

“ha, ni la our marketing manager yang termanis di abad ini. Diingatkan juga, tergarang di abad ini. Hehehe..” usik Dato’ Syed Iqram pada Nashila.

“Dato’”..jeling Nashila tersipu. Tetapi hatinya lebih berdebar melihat insan dihadapannya itu.

“Que, inilah Nashila Zulaika. Ha, Cik Nas, perkenalkan pengurus baru SG Corp, Syed Qushairi Armadi Syed Qabil,merangkap anak buah saya..” kata Dato’ Iqram menepuk nepuk bahu Qushairi.

“hai, selamat berkenalan..” kata Qushairi sambil mengenyitkan mata. Nashila hanya tersenyum kelat. Genggaman tangan Qushairi semakin kuat ditangannya.

“Fazlin,tolong panggilkan Cik Nas ye. Katakan saya ada hal nak dibincangkan..” arah Qushairi pada setiausahanya.

“hrm, Encik Qushairi. Ada apa yang Encik nak bincangkan ni?” soal Nashila sebaik sahaja masuk ke bilik Qushairi. Lagaknya formal,namun hatinya berdebar. Sejak 2 hari yang lalu semenjak majlis itu dia cuba melarikan diri dari Qushairi.

“kalau iyapun,duduklah dulu Cik Nas. Hm, yang Cik Nas pucat ni kenapa? Janganlah takut CIk Nas, saya ni suka makan tom yam. Makan orang tak pernah lagi. Rasanya tak kot..” sinis ucapan dari Qushairi. Nashila terkedu.

“er, ada apa hal Encik Qushairi?”

“eh, awak ni. Dari tadi dok tanya apahal apahal! Penting sangat ke awak nak tahu?”

“tapi tadi..” Nashila hairan. ‘Aku hempuk gak mamat ni kang. Memain lak’.. bisik hati Nashila.

“itu tadi..” Qushairi tersenyum sinis. Rindu benar dia pada wajah kelat gadis itu.

“Encik Qushairi..”

stop it Shi! Sampai bila kau nak berencik encik ngan aku ni?! Mana Shai kau hah?!” potong Qushairi.

“kita kat office ni Encik Qushairi..”

“ aku kawan kau kan? Kau kata kita tetap akan jadi kawan. Forever. Right?” bentak Qushairi. Sikapnya itu masih tidak berubah.

“okay. Aku minta maaf Shai..” kata Nashila meleret. Sinis sebenarnya.

“hm, that sound’s better..”

Persahabatan Nashila dan Qushairi kembali terjalin setelah lapan tahun terpisah. Ada saja bahan untuk mereka kongsikan. Keceriaan mereka kembali beremi. Seperti zaman remaja mereka.

“Hoi Shai! Lunch ni kau ikut aku eaa…”

“kemana? Kau nak belanja aku ke?”

“yelah!”

“kat mana?”

“tempat paling mahal sekali!”

“ ye la tu. Aku minta belikan nasi lemak pon berkira..” sindir Qushairi.

“Heii,walaupun pangkat aku taklah setinggi kau,aku taklah sengkek sangat sampai tak boleh nak belanja kau..” kata Nashila sambil mengetuk kepala sahabatnya itu. Mencicit dia berlari dikejar Qushairi. Nasib baiklah bilik mesyuarat ketika itu sudah lengang.

“eh, kat mana kau bawak aku ni?” soal Qushairi sebaik sahaja kereta Nashila memasuki perkarangan sebuah rumah.

“tanya pulak. Rumah aku la..” jawab Nashila sambil tersenyum. Nashila mempelawa Qushairi ke rumahnya. Ibunya Puan Suraya gembira berjumpa dengan anak bekas jirannya itu.

“amboi,segak dah anak si Zainab ni. Tak macam dulu dah.hehe..” Puan Suraya mengusik. Nashila tersengih sambil melihat ibunya yang berlalu.

“kedekut! Kata nak ajak pegi tempat termahal..” sindir Qushairi. Mengusik setelah melihat Puan Suraya berlalu berkemas selepas makan tengahari.

“ish,tempat paling mahal la ni. Tak ada tandingan tau masakan mak aku tu..”

“ye la tu. Sedap Mak Su masak. Tapi entah anak dia pandai masak ke tak..hehehe” perli Qushairi. Namun dia tahu Nashila memang pandai di dapur. Teringat zaman sekolah mereka dulu. Nashila sering membawa nasi lemak masakannya sendiri untuk Qushairi. Nashila hanya menjeling. Malas hendak berbalah.

“hm,asyiknya berbual. Que, jemputlah makan buah ni..” pelawa Puan Suraya.

“terima kasih Mak Su..”

“ha Que, bulan sebelas ni jangan tak datang kerumah. Jemput mak ayah kamu skali..” kata Puan Suraya. Nashila tertunduk. Terasa pedih ulu hatinya.

“hm,kenapa Mak Su?” soal Qushairi pula. ‘ takkan nak suruh aku masuk meminang pulak kot. Macam tahu tahu pulak mak Shi ni..hehe..’ bisik hatinya nakal.

“ni ha, Nas nak nikah bulan sebelas ni..” kata Puan Suraya. Qushairi tersentap. Tersedak dia dibuatnya.

“nikah?!”

“haah. Kamu tak tau ke Que?” soal Puan Suraya terkejut. Qusahiri tersenyum kelat. Jelingan tajam dihadiahkannya pada Nashila.

Kisah itu kisah kita (Part 1)

Bukan sekadar kisah. Ianya pahatan sebuah hati..


“ Shi, apa impian kau bila besar nanti?”

“ hm.. aku nak bercuti di tengah lautan. Hehe. Sambil tu boleh tengok bintang. Kau pulak Shai?”

“aku nak.. aku nak..”

“nak apa?!”

“aku nak kahwin dengan kau boleh?”

“hm, boleh tapi kau kena jadi hensem dulu lah. Baru aku nak kahwin ngan kau. Hehe..”

“oh, ok. Tapi kau nak aku hensem macamana?”

“macam Salman Khan?”

“baik, tapi kau kena janji nak kahwin ngan aku,ok?”

“ok,aku janji. Aku akan kahwin ngan kau”.

************************************************************************

“ hoi! Ingat apa ni?” jerkah Qushairi pada teman baiknya, Nashila. Nashila hanya tersengih. Habis terbang semua ingatannya bersama Qushairi ketika mereka berumur 10 tahun dahulu. Kini mereka sudah berada ditingkatan 5. Seperti zaman sekolah dulu, mereka masih lagi sekelas.

“ ha. Sengih pulak. Kau ni kenapa Shi?” soal Qushairi lagi. Hairan.

“takde apalah. Saje je nak sengih”, balas Nashila sambil menjeling temannya itu. Masakan hendak diberitahunya. Sedangkan mereka telah menginjak remaja dan hubungan mereka masih lagi sekadar teman biasa. Biarlah dia menganggap ungkapan itu sebagai omong kosong anak – anak kecil yang masih belum kenal erti cinta yang sebenarnya.

“haah,kau kan bengong! Tu lah sengaja nak sengih kan? Hehehe..” usik Qushairi. Usikannya dibalas dengan cubitan halus pada lengannya.

“ kau ni saje je kan..” rengus Nashila. Qushairi tersenyum –senyum.

“ janganlah marah Shi. Sensetif ar kau ni. Aku tahulah minggu ni ‘kawan’ ko datang. Hehehehe”.

Nashila hanya merenggus geram. Telahan Qushairi tepat. Sungguh, Qushairi memang memahami dirinya.

Nashila termenung sambil duduk dipangkin halaman rumahnya. Surat digenggaman tangannya dibaca lagi.

Johan, rakan sebelah kelasnya itu memang gemar mengusiknya. Tapi tidak pula dia menyangka yang Johan menaruh hati padanya. Surat cinta dari Johan itu ditemuinya dalam novelnya. Patutlah Johan beria-ia hendak meminjam novel itu. Tidak jauh dari rumahnya, Qushairi sedang memerhatikan Nashila.

“minah ni dah gila ke apa. Termenung kat luar malam – malam ni’ bisik Qushairi sendiri perlahan. Dilihatnya jam sudah menunjukan jam 11.30 malam.

Tiba tiba bunyi gitar menerpa gegendang telinga Nashila. Segera dia menoleh. Dilihatnya Qushairi sedang berdiri disisinya sambil memeluk gitar.

“hei, bila pulak kau tercangak kat sini?” soal Nashila.

“ engkau tu kalau termenung tak ingat dunia. Aku punyalah hensem berdiri kat sebelah kau ni pun kau tak sedar.hehe” gelak Qushairi mengusap pipinya yang berjerawat itu. Nashila tersengih sinis.

“ hensem sangaaattt. Kau memang kan, tak boleh tengok aku bahagia sikit. Nak mencelah je kerja kau” perli Nashila.

“tahu takpe. Kau ni apasal yong teman tengok yong ni macam ade masalah aje. Mari khabarkan pada kanda.hehe..” Qushairi buat buat prihatin. Padahal dalam hatinya nak tergelak melihat wajah monyok kawan baiknya itu.

concern sangaaattt.. takde apalah. Kau kan suka kata aku ni bengong. Ni aku tengah bengong la ni. Lagi mau tanya” ujar Nashila sambil menyembunyikan surat itu di bawah pangkin.

“huh, lantak kau lah. Eh Shi, kau dah tengok dah form 4 new student tu? “

“ err,Iesya ? budak Nuriesya tu ke ?”

“hah! Dialah. Lawa siut budak tu.hehehe..”

“ hampeh! Kenapa, kau suka dia ke? “

“tak tau la Shi. Tapi, ni kat dalam ni. Ada vibration bila nampak dia”

“ kau suka lah tu” dengus Nashila.

maybe.. hehe..” sengih Qushairi. Penuh makna.

Perbualan malam itu diisi dengan cerita cintan Qushairi pada gadis pujaannya itu. Tanpa dia sedar,ada hati yang terluka.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia telah dua bulan berlalu. Kini tinggal hanya seminggu lagi sebelum keputusan peperiksaan diumumkan. Seperti rakan rakan yang lain, Nashila juga berdebar menanti penentu masa hadapan mereka itu.

Peristiwa malam perbualannya bersama Qushairi juga telah lama berlalu. Qushairi telahpun berjaya menambat hati Iesya. Nashila juga tidak mahu tertinggal sendiri. Dia telah menerima Johan walau tiada sekelumit perasaan cinta pun buat lelaki itu. Bagi Nashila, biarlah perasaannya sebenar disimpan jauh didalam hati.

“Shi, betulke apa yang aku dengar tentang kau dengan Johan?” soal Qushairi tiga bulan sebelum S.P.M. ketika itu mereka berada di pantai di kampung mereka. Nashila sedang duduk di atas batu besar sambil membelakangi Qushairi.

“ haah. Dah dua minggu” jawab Nashila perlahan. Malas.

“ dah dua minggu?! Dan aku baru tahu hari ni? Eh, apa punya kawan la kau ni! Kalau tak sebab aku nampak dia pegang kau tadi,agaknya sampai bila – bila pun aku takkan tau!” bentak Qushairi. Nashila tertunduk. Entah mengapa hatinya dirundung sayu mendengar bait kata itu.

im sorry. Tapi untuk apa kau tahu. Benda tu tak penting Shai”

“ tak penting?! Aku ni tak penting untuk kau ke? Aku ni kawan kau Shi. Best friend kau. Dimana letaknya aku kalau benda macamni pun aku tak tau”

“ala Shai. Relax la. Takkan sal hal remeh camni kita nak gaduh. Bunyi bodoh gila”

“Nashila Zulaika, ini bukan pasal gaduh atau remeh. Tapi ini pasal sampai hati. Kenapa kau terima Johan tak tanya aku dulu? Sampai hati kau!” bentak Qushairi lagi. Kali ini Nashila berpaling menghadap Qushairi. Wajah Qushairi merah menahan amarah.

“kenapa aku kena tanya kau?! Sedangkan masa kau tergila gilakan Iesya tu kau tak tanya aku pun!

Qushairi terdiam. Perlahan dia menuju ke arah Nashila. Berdiri dihadapan gadis itu. Ditentangnya anak mata Nashila, lalu tunduk. Pandangannya tertancap pada ukiran di batu itu. QUESHILA. Ukiran yang diukirnya 10 tahun yang lalu.

“ Shai,jawab Shai. Kenapa?” soal Nashila lagi sambil teresak – esak.

“Shi, kau betul – betul sukakan Johan?”

“kalau aku tak suka aku tak terima Shai” hakikat sebenar Nashila telan.

“macamana kau suka dia?’

“seperti kau sukakan Iesya”

“ Shi, aku.. “ kata – kata Qushairi tergantung. Tanpa memandang Nashila,dia terus berlalu. Meninggalkan Nashila tertanya – tanya.

Broomm.. Broomm..

Kedengaran bunyi motorsikal di halaman rumah Nashila. Ibunya., Puan Suraya memanggilnya. Nashila yang sedang berkemas bergegas keluar.

“Nas, ni Qushairi kat luar. Tinggalkanlah dulu kerja tu. Biar ibu sambung” panggil ibunya dari beranda.

“baik bu” ujar Nashila lalu mendapatkan Qushairi yang sedang menunggunya di beranda rumah.

“ apahal Shai? Eh, motor sape ni?” soal Nashila sambil meninjau – ninjau motorsikal itu.

“ takkan tak boleh jumpa kau kot. Ha, ni la motor aku. Hadiah dari Ayah Long aku. Kan aku ada cerita kat kau yang dia dah janji nak hadiahkan aku motor kalau aku lulus S.P.M” kata Qushairi sambil tersenyum.

“ ha, lupa pulak. Tahniah sebab dapat jadi best student. 16 A1, engkau belajar ke makan buku? Bijak pulak kau ni.hehe” ucap Nashila gembira. Menumpang bangga kejayaan sahabat baiknya itu.

“takde ar, biasa- biasa je. Ha, kau Shi,lepas ambil result terus lesap. Kau dapat berapa?”

“biasa – biasa je. Standard aku masa trial dulu jugak. Tak mcam kau pun. Apsal tak cari aku kat rumah semalam?”

“ lepas ambik tu aku keluar ngan Iesya. Dia belanja. Hehehe”

“oh..” ulas Nashila perlahan.

“oh je?,hurm. Yang korang ni nampak sibuk sangat ni kenapa?” soal Qushairi hairan melihat abang – abang Nashila yang sibuk memunggah kotak – kotak besar.

“aku.. aku lupa nak bagitau kau Shai. Lusa family aku nak pindah..”

“pindah?! Kenapa kau tak bagitau aku?”

“ni aku bagitau la ni..”

“haah,lusa nak pindah hari ni baru bagitau aku kan. Nashila Zulaika, saya ni memang tak penting buat awak kan?!” soal Qushairi sinis.

“er, maafkan saya Syed Qushairi..hehe” Nashila tersengih. Apahal mamat ni tetiba skema semacam.

“Shi! Kau main main lagi ea!” Qushairi membentak geram. Rasa hendak dipiat telinga gadis itu sekuat kuatnya.

“ala Shai,sekurang kurangnya kau tahu jugak. Lagipun Malaysia ni kecik. Mesti jumpa balik punyalah”

“kau memang sampai hati kan Shi?”

“jangan kata macam tu. Kita tetap kawan. Aku takkan lupakan kau”

“ habis tu, janji kau dulu macamana Shi?”

“janji apa Shai?”

Halaman rumah Nashila dipenuhi sanak jiran tetangga. Rakan rakan sekolah Nashila turut ada. Tugas ayah dan ibu Nashila sebagai guru sememangnya memerlukan perpindahan. Kali ini ayahnya ditugaskan sebagai pengetua di sebuah sekolah di daerah lain. Ibunya harus menurut. Sedih Nashila hendak meninggalkan kampung ini. Keluarganya sudah menetap di kampung ini hampir 25 tahun. Sejak abangnya yang sulung baru belajar bertatih. Kini, kedua – dua abangnya sudahpun melanjutkan pelajaran di menara gading.

“Mak Su, mana Shi?” soal Qushairi yang baru tiba. Ditangannya ada sebuah bungkusan kecil.

“oh Que. Ada, Nas ada kat beranda tu tengah berbual dengan kawannya. Pergilah naik” pelawa Puan Suraya.

Langkah Qushairi mati disebalik tangga. Dilihatnya Johan sedang menyarungkan cincin dijari Nashila. Hati Qushairi tiba – tiba berasa hangat. Ditangguhnya dulu niat untuk berjumpa Nashila.

Masa untuk keluarga Nashila berangkat,tiba. Sebelum masuk kedalam kereta,mata Nasila meliar mencari insan yang akan dirinduinya.

“ kau cari aku ke?” tiba – tiba Qushairi muncul.

“tau takpe. Kau tak nak cakap apa- apa ke kat aku?” kata Nashila perlahan. Hatinya sebak. Hampir 17 tahun mereka membesar bersama,kini mereka bakal terpisah .

“aku tak mampu nak bercakap banyak Shi. Cuma, jaga diri, dan jangan lupakan aku. Ni ada tanda ingatan dari aku. Walaupun tak secantik cincin dijari manis kau” bisik Qushairi perlahan.

“ Shai, janganlah cakap macam tu. Ni untuk kau. Tanda kenangan dari aku.” Kata Nashila pula lalu menanggalkan rantai lehernya dan memberinya kepada Qushairi.

“Shi, ingat janji kau dulu tau..”

“ janji apa Shai?”

“janji Nashila. Janji yang akan aku tagih nanti.” Ujar Qushairi yakin. Dia pasti.

Cintaku Dalam Diam..

Pertama kali ku melihat dirimu aku terpaut
Tika itu, masih lagi dalam suasana ta’ruf
Tapi tidak berkesempatan untuk bersua
Bertanyakan nama

Ku memandangmu dari jauh
Tingkahmu ku perhatikan
Senyummu, tawamu,
Mengubat hatiku ini yang duka
Terkenang ayah dan bonda tercinta

Ku ingatkan kita takkan bersua lagi
Walau kita di bawah satu bumbung
Ku masih tidak mnegenalimu
Ku malu tapi ku mahu
Ku mahu tapi ku malu

Cintaku di dalam diam
Hanya gambaran potretmu di mindaku
Anganku bersamamu
Tidak di dunia, akhirat menanti
Menghias Firdausi

Cintaku dalam diam
Tidak ku tahu tentang dirimu
Masihkah lagi bersendiri
Aku takut akan realiti
Menghadapi kenyataan ini

Cintaku dalam diam
Walau kita bersua
Hanya sekadar teman biasa
Tetapi mesra
Ku rasakan kedamaian
Tika bersamamu

Kaulah penyejukku
Kaulah penyeri
Dengan impian melayar bahtera
Harapan untuk bahagia dunia dan akhirat
Bersama mengharung onak dan noda
Bersama berpimpin tangan
Menuju bahagia yang hakiki
Disana nanti


Kaulah cintaku dalam diam

nukilan : Pena Arjuna 20.10.2010

aku belum mampu..

aku tahu

aku masih belum mampu
mungkin jua aku yang masih belum mahu..

aku tahu
segenap rasaku masih ada kamu
masih belum bisa lupa kamu..

tatkala namamu kuseru
detak hati masih kencang tanpa irama yang mampu menoktahkannya..

tatkala wajahmu muncul di depan mataku
naluri wanitaku masih mahu kamu menyapaku tanpa pernah berpaling melewatiku..

aku tahu
aku belum mampu
melepaskanmu..


thea mawaddah,bunga kecundang.

Islamic Calendar

bloguez.com

ilham untuk semua

selamat datang dan selamat membaca. blog ni di wujudkan khas bagi memaparkan karya karya seperti cerpen dan puisi. bagi yang berminat untuk berkongsi ilham disini, bolehla menghubungi saya di alamat email elfhyunie@gmail.com .. *utk tjuan suka suki shja. utk share idea dan pendapat bg mmperbaiki skill penulisan. no royalty.. hehehe*kredit kepada penulis akan ditulis lengkap (ats permintaan dan keizinan)..

biar pena bicara

My photo
wpL.wpKL. ilham buat semua..

~listen to my heart~

Followers

..maietah bekurapak..

*neenooneenoo*

by tiney ahmad... Powered by Blogger.