Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila di suatu masa dia hilang dari pandanganmu… kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

kamu adam pilihan saya.

wahai Adam pilihan hati,

bukanlah puisi bukanlah madah warkah ini.
mungkin hanya sebuah coretan kosong tanpa erti
yang mungkin akan kau baca,
atau mungkin terbiar sepi di medan ini.

wahai Adam pilihan hati,
telah lama ingin ku bicara kisah hati ini padamu
tapi puas ku pujuk jemari ini.
sesungguhnya aku khuatir,
semakin ku tumpahkan tinta kata,semakin dalam luka dihati.

wahai Adam pilihan hati,
pernahkah kau sedar wujud diriku?
pernahkah kau dengar suara hatiku?
aku si hina yang selalu berdiri disisimu
aku si hina yang selalu berbisik bisu pada dirimu.

wahai Adam pilihan hati,
aku takkan pernah menyalahkanmu
andai wujudku tak pernah kau sedari
andai suaraku tak pernah kau dengari
kerana dalam tinggi angananku ingin memilikimu
masih ku rasa jejak kakiku.
aku masih sedar siapa diriku.
tiada layakku berganding denganmu.

wahai Adam pilihan hati,
bukan sekali air mata ini menitis keranamu
walau berulangkali ku pujuk ku rayu hati sendiri
agar bisa melupakanmu
namun gagal.
walau madah indah yang kau cipta buat sidia
telah membunuh menikam kalbu keras ini
masih belum mampu ia menghapus rasa cinta ini untukmu.

wahai Adam pilihan hati,
jujur ku akui
kau bukan yang pertama singgah dihati ini
pernah bicara hati ini mencoretkan kisah yang lain.
namun tidak pernah ku rasa sepedih seperit ini.
sakitnya terlalu dalam
dan seakan tidak pernah surut dari membelengu perasaanku.
dan aku yakin.
hatiku benar. bukan sekadar omongan anak muda yang hanya bermain kata.
kamu benar benar membuat aku jatuh. rebah.
dan belum kutemui tempat berpaut untuk berdiri.

wahai Adam pilihan hati,
bersamamu adalah secebis impian dihatiku
tapi untuk benar benar memilikimu adalah mustahil bagiku.
kamu terlalu hebat untukku.
terlalu bersinar untuk bergemerlapan disisiku.
biarlah aku terus kelam disini.
memuja indah sinaranmu dari kejauhanku.

wahai Adam pilihan hati,
teruslah gemilang kau disana
walau berteman kejora indah pilihanmu
walau bukan aku yang tersenyum bahagia disisimu.
aku redha Adamku sayang.
kerana senyumanmu adalah ilham indah buatku
dan aku mahukan ilhamku terus indah sepanjang hayatku.

wahai Adam pilihan hati,
andai tersurat jodoh pertemuanku denganmu hanya sampai disini
aku tetap bersyukur dengan ketentuan ini.

Mungkin nanti
aku akan bahagia dengan empunya tulang rusuk yang selama ini kucari
tapi izinkan aku wahai Tuhan
untuk menyimpan segala kenangan indahku
bersama Adam pilihan hati.
biar ia hidup dalam sejarahku
sebagai Adam yang telah mengajarku erti sebenar kasih.
dan menyedarkanku akan sakitnya sebuah rindu.

adam, telah ku ikrarkan, namamu akan kekal dalam kenanganku.
andai warkah ini kau baca. dan kau fahami isinya,
ku harap kau masih mampu tersenyum memandangku.
seperti hari hari dulu.
biar ia terus rahsia. selamanya.

kerana kamu Adam pilihanku,
tapi aku bukan Hawa pilihanmu.


Pena berbicara lagi

Pena ini bicara lagi

Setelah sekian lama ia menyepi.

Puas dipendamnya seribu bahasa

Puas dibiarnya kaku tanpa kata.

Bicara pena ini

Tiada pernah didengar

Hilai tawanya

Sedu tangisnya

Selalu dipinggir tanpa ada yang sudi mentafsir

Pena ini

Bukan tiada pernah mencoret kata kata sakti

Cuba berani meluah isi hati

Tapi sayangnya

Pena ini hanya dipandang sepi

Pena buruk yang tiada erti.

Pena ini sayu bicaranya

Hanya mampu mengasihani diri sendiri

Tiada daya mengubat hatinya

Yang telah sekian lama parah

Dirobek perasaannya sendiri.

Biarkan sahaja pena ini bicara sendiri

Sudah lali bicaranya tidak dipeduli..

Biar jadi sejarah

bukan cerita pendek,

juga bukan cerita panjang,
hanya kisahku dulu. usia muda tanpa kematanganku.
sejarah hidupku. yang takkan mampu ku ulang walau air mataku bertukar darah.


Aku keliru. Entah apa – apa perasaan aku sekarang ni. Tambah tambah lagi bila sunyi macam ni, waktu aku sedih macamni la roomate tak balik lagi la, kolej sunyi la. Huh, aku dah penat mengeluh. Kad biru itu aku lihat lagi. Cantik. Wangi. Tapi, entah kenapa aku sakit hati membacanya. Bukankah aku sepatutnya gembira. Ah. Aku sendiri pun tak faham apa yang aku fikirkan sekarangni.

Adam Nadhim. Lama dah aku tak sebut nama ni. Bertahun juga rasanya. Parasnya juga aku sudah ingat ingat lupa. Yang aku ingat, tubuhnya tinggi. Kurus orangnya. Dulu aku selalu menyamakan wajahnya dengan Zamani kumpulan Slam. Tapi, aku berani jamin, senyumannya lebih manis dari Zamani. Hmm, memikirkannya membuatkan aku tersenyum. Kenangan. Indah, mahal dan sukar untuk dilupakan.

Aku masih ingat bagaimana aku kenal Adam Nadhim. Ketika itu aku baru masuk tingkatan empat. Ketika itu, minatku untuk menjadi seorang doktor terpaksa aku kuburkan kerana keputusan Peperiksaan Menengah Rendah ku yang kurang cemerlang. Hanya jurusan kemanusiaan yang aku daftar untuk kemasukan tingkatan empat. Bersama dua tiga orang lagi rakan sekelas ku semasa menengah rendah dulu, aku mula meyesuaikan diri dalam kelompok baru.

Aku selesa bersama rakan rakan baru. Riang. Dan ikhlas menerima aku sebagai aku. Si kaki kecoh yang tak pandai nak duduk diam. Disinilah aku mengenali dia. Adam Nadhim. Bermula dengan senarai nama kelas, aku dan rakan rakan ku saling mengusik, hinggalah aku sedar, usikan itu menjadi nyata. Aku mula sedar, hatiku mula terpaut padanya, Adam Nadhim.

Pada asalnya aku dan rakan rakanku hanya bergurau memadan padankan pelajar lelaki dan pelajar perempuan di kelas itu, dan rakanku dengan nakalnya memadankan aku dengannya. Pada mulanya aku hanya tertawa tanpa niat. Hatiku yakin, mustahil untuk aku menaruh hati padanya. Adam Nadhim, siapa yang tak kenal. Pelajar nakal, kaki ponteng, hantu rokok, kaki pukul. Dengan tubuh kurus tingginya, uniform sekolahnya yang selekeh, tidak berbutang kemas. Sungguh, aku sungguh memandang rendah padanya. Apatah lagi ketika itu, pelajar pelajar perempuan tengah kecoh dengan kehadiran seorang budak baru tingkatan empat yang baru. Dari sabah asalnya. Memang tenggelam lah pelajar pelajar lelaki yang lain.

Entah bila, tanpa aku sedar aku mulai rapat dengan Adam Nadhim. Mengenali dia yang sebenarnya tidaklah seteruk yang aku bayangkan. Orangnya kelakar, selalu membuat aku tertawa. Hari demi hari membuat aku mula selesa berkawan dengannya.

Masa cepat berlalu. Sedar tak sedar, kami masing masing sudah berada di tingkatan lima. Kenakalan makin menjadi jadi. Apatah lagi dengan kehadiran ahli baru dikelas itu, semakin meriahlah kelas jadinya. Aku masih seperti aku, kehidupan ku berjalan seperti biasa. Begitu juga Adam Nadhim. Cuma aku sedikit risau dengan dirinya. terlalu banyak main. Ku lihat pelajarannya sedikit merosot. Kadang kadang aku belajar bersamanya, membantu yang mana patut. Tapi, aku kenal dirinya, main lagi banyak dari belajar. Sedikit demi sedikit, kerisauan itu membuat aku semakin terfikir fikir akan dirinya. ketika ini, aku yakin. Aku menyukainya.Entah kerana perasaan ku atau sememangnya keadaaan seperti itu. Kadang kadang aku rasa Adam Nadhim seperti terlalu melindungiku. Kadang kadang bila aku berbual dengan rakan sekelas lelaki yang lain, aku sedar matanya memerhatikanku. Aku ingat lagi, satu hari itu, dia bergaduh dengan rakan sekelasku. Aku yang tidak tahu apa apa ni terus saja menerjah kawan sekelas ku itu. Bergurau seperti biasa. Aku ingat lagi waktu itu, loceng rehat baru saja berbunyi. Dari jauh ku lihat kelibatnya. Seperti biasa, aku tersenyum melihatnya. Hairan, hanya jelingan diberikannya padaku.

Aku hanya membiarkannya memandangkan guru subjek ku sedang menuju ke kelasku. Tamat masa pelajaran, aku menuju kearahnya. Yang sedang berdiri di sudut kegemarannya. Ketika itulah aku tahu yang dia baru sahaja bergaduh dengan rakan sekelasku. Aku ingat lagi, aku nyaris tergelak bila dia melarangku dari menegur rakan ku itu. Aku ingat lagi perbualan kami ketika itu, “ apa salahnya aku tegur dia? Kitorangkan kawan, macam kawan kawan yan lain la.. masak la aku kalau kau gaduh ngan dia aku lak tak leh tegur dia”, dia menjawab “ tu kawan lain biarla. Kau lain..” aku pelik. “ aku lain? lain apanya?” , dia kata “lain la..”.

Sampai sekarang aku tak faham maksud Adam. Kadang kadang bicara Adam membuatkan aku keliru. Tingkahnya juga selalu membuat hatiku bertambah sayang padanya. Tetapi, aku sedar diriku. Apatah lagi Adam sudah berpunya. Pernah juga aku cuba untuk menyampaikan isi hati tersiratku. Waktu itu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sedang berlangsung. Aku dan rakan rakan ku sedang menunggu waktu peperiksaan kertas yang seterusnya. Ketika itu, movie “My Heart” lakonan Irwansyah dan Acha sedang hangat diperkatakan. Pada mulanya niat hatiku hanya ingin mengulas wayang itu, aku katakan yang hero wayang itu bodoh. Tak sedarpun perasaan heroin yang membawa watak Rachael tu. Tapi, Adam membangkang. Katannya Rachael lah yang salah sebab tak berterus terang.

Bila mengenang balik peristiwa lama, senyuman ku mekar dengan sendirinya. Zaman hingusan. Zaman tak matang lagi. Lepas dari peristiwa aku berbahas dengan Adam, kehidupanku masih normal. Aku melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam. Aku mula menanam tekad hendak menjejakkan kaki ke menara gading. Dalam masa yang sama, Adam hadir semula dalam hidupku. Katanya, dia dan kekasihnya sudah tidak ada hubungan lagi. Katanya, dia sudah lama menaruh hati padaku. Aku percaya. hati kecilku mula berbunga bunga. Aku ingat lagi, aku baru selesai dari mengikuti sebuah program khas untuk remaja. Aku yang sedang berehat dikejutkan dengan lamaran dari Adam. Dia mahukan aku lebih dari seorang sahabat. Tersenyum aku sepanjang malam tu. Kebetulan sepupuku yang datang dari Sabah bermalam di rumahku. Aku belum pun memberi jawapan kepada Adam tetapi dengan teruja terus bercerita kepada sepupuku.

Pagiku terasa lebih ceria, sepupuku mengajakku bersiar siar dengannya. Pada asalnya aku ingin mengajak Adam, tapi, entah mengapa hatiku terasa lain. Ku batalkan niatku hendak mengajaknya. Aku menemani sepupuku yang ingin membeli belah di Shopping Mall. Seingatku, aku dan sepupuku berjalan di tingkat bawah. Aku lihat sepasang kekasih yang membelakangi kami duduk di tingkat atas. Dengan ceria aku memberitahu sepupuku, “ kalau kau nak tahu macamana gaya Adam, macam lelaki tu lah. Sama sebijik.. hehehe”. Tapi, entah kenapa lepas sahaja aku berkata begitu, hatiku sendiri yang rasa tak sedap. Aku tarik sepupuku menaiki escalator yang bersebelahan pasangan itu. Kuasa Allah, lelaki itu pun tiba tiba melihat kearahku. Berderau darahku melihatnya. Adam. Terlepas pelukannya pada perempuan itu. Menggigil lututku. Lemah. Terasa bodoh yang amat. Sepupuku yang seperti faham cuba memberi kekuatan padaku. Dipegangnya erat jemariku dan dibawanya aku melintas betul betul dihadapan Adam. Aku lemparkan senyuman pada Adam. “ tak nak kenalkan ke?” itulah satu satunya ayat yang mampu aku katakan padanya ketika itu.

Rakan sekelasku, Nur mengajakku mengikuti sebuah program juga khas untuk remaja. Nur tahu akan kisahku. Kami bersama sama cuba bergembira dalam program itu. Disini lah aku mula mengenali Shafiq. Perkenalan kami yang bermula biasa akhirnya bertukar bila Shafiq mahukan hubungan kami lebih dari sahabat. Walaupun aku masih ragu, tapi aku tetap menerima Shafiq. Bagiku, aku bersyukur orang seperti Shafiq sudi memilihku yang tidak punya rupa apatah lagi dengan perwatakan ku yang kasar ini. Tapi, jodoh di tangan tuhan. Hubungan ku dengan Shafiq tidak bertahan. Sejak dari itu, aku membuat keputusan, pelajaranlah yang harus aku utamakan. Aku ingin membuktikan pada Shafiq dan orang orang di sekelilingku, aku mampu berjaya. Kalau sebelum ini Shafiqlah yang selalu memberi sokongan padaku, kini aku lah yang harus bangkit sendiri.

Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia sudah tidak lama lagi. Tekanan semakin terasa. Ketika inilah Adam hadir lagi. Meluah lagi rasa hatinya. Tipulah kiranya hatiku langsung tidak terusik. Tetapi luka lama masih lagi berdarah. Entah apa yang membuatkan aku terasa ingin membalas perbuatannya dulu. Lalu aku katakan, aku hanya akan memberi jawapan padanya selepas STPM berakhir. Adam seperti mahu menungguku. Sejak dari hari itu , dia selalu menghubungiku. Tapi, aku yakin. Perasaan ku padanya mungkin lebih kepada dendam. Aku berterus terang. Adam senyap. Tiba tiba Adam berkata, sekiranya aku tidak mahu menerimanya, dia tidak mahu aku menegurnya lagi, menyapanya walaupun kami terserempak, terjumpa dimana mana. Entah apa yang membuatkan aku hanya mendiamkan diri. Aku tahu aku masih tidak mahu dia terus hilang dari hidupku tetapi aku diam. Sehingga kini aku mendiamkan diri.

Sudah bertahun peristiwa itu berlalu. Aku kini bergelar mahasisiwi di sebuah Universiti tempatan. Kadang kadang aku rasakan hatiku sudah keras berbanding dahulu. Namun dalam masa yang sama aku rasakan hatiku terlalu rapuh seperti dahulu. Entahlah. Hanya insan insan disekelilingku yang boleh menilai diriku. Dalam bertahun ini, nama Adam seakan hampir aku lupakan. Cuma, cuti sem lepas, ketika aku membelek belek novel lamaku, aku terlihat gambar Adam terselit di celah salah satu novel itu. Kosong, itu yang aku rasakan ketika itu. Kebetulannya pagi itu, aku dan ayahku pergi ke majlis kenduri kahwin di kampung ayahku, aku terlihat dia. aku tahu dia juga melihat diriku. Tapi, aku akur dengan bait ayat kami dulu. Kedua duanya hanya memandang dari jauh sahaja.

Hari ini, nama Adam Nadhim meniti lagi dibibirku. Dengan kehadiran kad biru ditanganku. Entah mengapa aku terasa sebak. Bukankah dia hanya kenangan. Sepanjang aku di institusi ini, tipulah kiranya tiada yang berjaya mencuit hatiku. Tapi, kehadiran kad ini berjaya membuatku mengenang kembali sejarah lamaku. Sejarah yang cuba aku kuburkan selama ini. Entah mengapa laju benar air mata ini menitis kerana Adam Nadhim dan kad biru ini. Hati. Kuatlah. Biarlah semuanya menjadi kenangan. Biarlah semuanya menjadi sejarah. Biarlah Adam Nadhim hanya hadir sebagai lipatan sejarah dalam hidupku, biar lah Adam Nadhim hanya menjadi persinggahan dalam sepanjang perjalananku meniti kematanganku. Biarlah.

“Mai! Eh, ko nangis ke?” sapaan teman sebilikku, Ziela mengejutkan ku. Aku hulurkan kad biru padanya.

“wah, kad kahwin.. sape kahwin Mai?” soal Ziela lagi. Aku tersenyum.

“Adam Nadhim.”


tamat


cintaku dalam diam: kenangan semalam

Hampir sebulan aku meninggalkan institut.Terbit rasa rindu kepada teman-teman seperjuangan di institut dulu.Bagaimanakah mereka sekarang ini?Adakah mereka sudah mendapat panggilan untuk melaporkan diri di sekolah atau masih lagi menunggi seperti aku.Sementara menunggu panggilan dari kementerian, aku bekerja sambilan sabagai jurujual di kedai runcit di kampungku.Pendapatannya tidaklah seberapa, sekadar cukup untuk buat belanja untuk seorang.Sekurang-kurangnya aku tidak membebankan kedua ibu bapaku.

Kadang-kadang ada juga aku pergi menolong ibu dan ayahku di kebun.Itupun sewaktu hari minggu. Tauke kedai bagi aku cuti rehat katanya. Sejak akhir-akhir ini hujan semakin menjadi-jadi.Sukar untuk meramal cuaca.Kadang-kadang panas di sebelah pagi kemudiannya hujan di sebelah petang.Apapun itu merupakan rahmat Allah.Menyejukkan bumi.

Aku membelek-belek album kenanganku sewaktu belajar di institut.Wajah-wajah yang sering bermain di sekitarku sewaktu pengajian dulu.Di satu halaman, wajah yang sudah tidak asing bagiku.Apa khabar dia sekarang ini? Adakah dia sudah melihat suratku yang aku berikan padanya dulu. Mungkin aku akan berasa malu untuk berjumpa dengannya selepas ini. Qalesya…

“Wan, turun makan, ayah dah tunggu ni,” suara ibu menyedarkan aku dari khalayanku sewaktu bersama dengan teman-temanku.

Aku segera turun mendapatkan ibu dan ayahku yang sedang menunggu di dapur.

“Mak, Ayah, dah lama tunggu,” tanyaku. Kebiasaannya ayah akan pulang lewat dari surau.

Maklumlah jadi ahli masyarakat kampung kena juga ambik tahu perkembangan semasa kampung.

Mai turun, ayah kau balik awal hari ni,” pelawa ibu.

Perlahan-lahan aku menuruni tangga dapur.Sememang masakan ibu adalah masakan paling istimewa di dunia ini.Teringat menu yang selalu aku makan masa study dulu.Kalau ada lebih dapat makan makanan yang sedap-sedap.Itupun sebulan sekali.Kalau tak, maggi dan nasi kosong sajelah makanan utama kami.Kesempitan mengajar erti kehidupan.

Aku bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki dapat mengalas perut sewaktu menuntut dulu.Banyak dugaaan dalam mencari ilmu.Hasilnya telah aku kecapi.Waktu ini aku hanya perlu menunggu. Benarlah apa yang dikatakan penantian itu satu penyiksaan. Semakin lama menunggu semakin tinggi pengharapannya.Adakalanya jawapannya nanti adalah satu kekecewaan.

Gulai ikan Patin dan tempoyak sudah terhidang. Ditambah pula dengan ulam-ulaman yang segar dari kebun. Melihatnya saja telah membangkit selera aku untuk makan.

“Macam mana posting kamu Wan, tak ada apa-apa berita lagi?” tanya ayahku memulakan perbualan kami anak beranak.Bukan sahaja ayahku yang merasakan terlalu lama aku bercuti menunggu keputusan penempatan guru lepasan pengajian.Aku sendiri pun sudah tidak sabar lagi mahu menjadi pendidik anak bangsa.Rasa teruja.Namun hakikat dan kenyataan yang tersirat di sebaliknya masih belum aku tempuh.

“Tak tahu macam mana lagi ayah, dengar citer minggu depan. Kita tunggulah dulu,” jawabku.

“Bagaimana kerja kamu di kedai Pak Sudin, dia masih nak pakai orang ke. Ayah tengok makin maju kedai dia sejak kamu kerja dengan dia.”

“Tak adalah, Wan cuma aplikasi apa yang Wan belajar dulu, boleh tolong Pak Sudin majukan kedai dia. Katanya nak tambah lagi dua tiga orang, dia nak besarkan lagi kedai dia. Nak jadi pemborong runcit pulak katanya,” balasku lanjut.

“Eloklah jugak tu, bukak peluang kerja kat anak-anaku muda yang takde kerja tu,” ibuku mencelah.Memang benar kata ibu, kalau setakat kerja lading tak menentu pendapatannya. Kedai Pak Sudin bagaikan sumber pendapatan baru budak-budak kampung ni.

Dulu Pak Sudin merupakan seorang pekerja di Jabatan Pertanian. Selepas bersara dia memulakan perniagaan runcit di kampung ni secara kecil-kecilan bermodalkan wang pencenya. Akhirnya sekarang ni Pak Sudin sudah boleh bernafas lega dengan kedai runcitnya.

* * * *

“Ibu… Ayah… Ibu… Wan dah dapat bu, ayah!” Tidak dapat aku gambarkan betapa gembiranya di saat menerima suratposting daripada pihak kementerian. Aku berlari mendapatkan ibu dan ayahku di kebun.Sukar untuk aku gambarkan perasaanku ini.

“Kamu dapat apa Wan?” tanya ibuku kehairanan.

Posting..bu, ayah. Wan dapat posting kat Kedah.”

“Bila kamu kena pergi tu?” soal ayah.

“Minggu depan yah…,”

Sebelum aku berangkat ke Kedah lusa, ayah dan ibu membuat sedikit kenduri kesyukuran.Tidaklah secara besar-besaran, cuma memanggil ahli keluarga, jiran-jiran terdekat dan ahli surau.Pak Sudin pun ada datang.

“Berat, aku nak lepaskan kamu Wan. Entah macam mana kedai Pak Cik lepas ni. Kau dah banyak tolong Pak Cik majukan kedai tu,” kata Pak Sudin.

“Tak apa pun Pak Sudin. Saya cuma apa apa yang termampu je. Nanti cuti saya tolong-tolong Pak Sudin jaga kedai,” balasku menyenangkan hati lelaki separuh abad itu. Pak Sudin tinggal sebatang kara setelah kematian isterinya. Anak tunggalnya telah meninggal dalam kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lalu.Tiada siapa yang dia boleh harapkan selain menumpang kasih kami sekeluarga.Kami sekeluarga menganggap Pak Sudin sebahagian daripada ahli keluarga kami.

“Aa..Wan, kau ambik ni buat belanja,” sambil menghulurkan cek kepada aku.

“Banyak ni Pak Sudin. Kalau ikutkan dah lebih dari duit gaji saya kerja sebulan ni.”Terperanjat aku dengan jumlah yang begitu besar ditulis di atas cek itu.

“Kamu ambik sajelah Wan. Lagi pun memang layak kamu ambik wang ni. Kamu kerja pun bukannya terus dapat gaji. Kena tunggu jugak sebulankan? Dalam sebulan tu kamu nak makan apa?,” kata Pak Sudin.

Demi tidak mahu menghampakan hati Pak Sudin aku menerima pemberiannya. Namun tekad aku, akan aku simpan wang ini untuk kegunaan di waktu kecemasan nanti. Duit saku yang diberikan oleh ayahku sudah mencukupi untuk aku meneruskan kehidupan di sana nanti.

Setelah semuanya selesai, aku duduk berehat di anjung depan rumahku. Teringat akan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Bagaimana dengan Qalesya dan rakan yang lain? Sudahkah mereka mendapat tawaran atau masih menunggu?Hanya Allah sahaja yang mengetahui semua jawapan kepada persoalan aku ini. Kerana Dia Maha Mengetahui.

Teringin aku mahu mengetahui perkembangan mereka terutama Qalesya.Tapi apakan daya.Kampung aku ini jauh terperuk di pedalaman.Handphone yang aku beli semasa di institut aku gunakan untuk bermain game sebelum tidur. Entah bila hendak ada talian telefon.Sekurang-kurang telefon rumah.

Pilhan raya sudah banyak kali diadakan.Pemimpin silih berganti.Tapi tak ada pun yang sudi datang ke sini.Sudah banyak dengar khabar angin nak masukkan talian. Tapi sampai sekarang tetap macam ni jugak. Orang kampung sangat mengharapkan semua ni. Mudah hendak hubungi sanak saudara yang berada di luar kampung.Sekali sekala nak jugak melepaskan rindu pada anak-anak yang merantau di bandar.

Aku memeriksa kelengkapan yang bakal aku bawakan ke sana esok. Ayah dan ibu bersama dengan Pak Sudin yang akan menghantarkan aku ke Kedah. Pak Sudin yang beria-ria menawarkan diri hendak menghantarku.Bak kata orang-orang tua, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

* * *

“Cikgu apa hal ni, saya tak pernah pun jentik anak saya, cikgu pandai-pandai nak rotan dia. Saya saman cikgu dan sekolah. Kita jumpa di mahkamah nanti,” marah Murshid, bapa kepada Amirul.Salah seorang pelajarku.Selama tiga tahun aku berkhidmat, ini merupakan dugaan yang paling besar aku hadapi.

“Sabar En. Murshid, dengar penjelasan saya dulu,”

“Ahh… Saya tak mahu dengar cikgu… Kita jumpa di mahkamah nanti.”Belum sempat aku memberikan penjelasan, Murshid telah memotong percakapanku.Timbul salah faham disini. Mungkin lain apa yang dikhabar oleh anaknya.

“Tak apalah, nanti bila dah reda marahnya, aku pergi jumpa dia bagi penjelasan,” bisik hati kecilku.Begitu besar cabarannya menjadi pendidik.Kalau dulu, aku buat salah kena pukul dengan cikgu, balik rumah kena lagi dengan ayah aku.Benarlah kata orang, zaman dah berubah. Anak-anak zaman ini tak sama dengan aku masa kecik-kecik dulu. Ibu bapa pula terlalu manjakan anak-anak.

Setelah memberi penjelasan yang panjang lebar, akhirnya masalah itu dapat diselasaikan di luar mahkamah. Berkat kesabaran dan doa yang dipanjatkan serta restu yang diberikan oleh ayah dan bondaku, Alhamdulillah aku dapat mengharungi dugaan ini dengan hati yang tabah.

Seperti biasa, aku pergi ke sekolah dengan menggunakan motosikal Ex5 seconhand yang aku beli sewaktu mendapat gajiku yang pertama.Selebihnya aku berikan wang gajiku kepada kedua ibu bapanya.Tiba di sekolah, terpandang pada satu kelibat yang aku rasakan aku mengenalinya.Akibat kesuntukan waktu, terpaksa aku membatalkan hasratku untuk mengejar kelibat tersebut.

Ah… Perasaan aku je kot, tak mungkinlah,” bisik hati kecilku.Kelas bakal bermula dalam masa 15 minit sahaja lagi.Aku terus masuk ke bilik guru mengambil segala kelengkapan mengajar. Biasanya aku akan bersarapan dahulu sebelum masuk ke kelas, tapi hari ini kelas aku bermula awal. Tanggungjawab mendidik itu lebih penting daripada kepentingan diri sendiri.Untuk anak bangsa, aku rela berkorban masa dan tenaga aku.

Berakhir kelas yang pertama hari ni. Perut pun dah mula menyanyikan lagu dan iramanya.Aku terus ke kantin. Seperti biasa, menu yang aku pilih untuk sarapan, Nasi Lemak Telur Mata. Memang dah jadi favourite aku sejak dari zaman belajar lagi makanan ni. Dulu tiap-tiap malam kedai mamak jadi sasaran semata-mata nak cari nasi lemak. Sanggup merantau mencari kedai-kedai sekitar Kuala Lumpur.

Kadang-kadang tersenyum sendiri mengenangkan pahit manis zaman belajar dulu. Semua sudah menjadi kenangan. Hari mendatang perlu ditempuhi walau apa jua cabaran dan rintangan yang mendatang. Lengang kantin hari ni. Kebanyakkan guru ada kelas masing-masing.Aku menggunakan masa yang terluang ini untuk mengisi perutku.Selepas ini, kelasku penuh sehingga waktu balik.

“Assalamua’laikum… Ai..sorang je ke?,” suara yang pernah aku dengar dahulu telah mengejutkan aku dari lamunanku. Suara yang tidak asing lagi bagi diriku.Aku bagaikan tidak percaya yang suara itu berada berhampiranku pada ketika ini.Berdebar bagaikan mahu luruh jantung ini dari jasadku mendengar suara itu. Qalesya…

“Wa’alaimussalam…” tergagap-gagap aku menjawab salam yang diberikan Qalesya. Sememangnya aku sukar untuk mempercayainya.Qalesya berada di hadapan mataku kini.Sekali lagi kami dipertemukan di sini.Suratan atau kebetulan.Hanya Dia sahaja yang tahu.

“Cikgu Hazwan, takkan dah tak kenal saya lagi kot,” tegur Qalesya yang melihat aku seakan kelu untuk berkata-kata.

“Kau baru pindah kat sini ke?” aku menggagahkan diri untuk berkata-kata.Entah kenapa aku rasakan mulutku seakan berat untuk berkata-kata.Lidahku kelu. Mungkin kerana penangan surat yang aku berikan padanya sewaktu di institut dulu.

“Tak nak jemput duduk ke Cikgu Hazwan,?” perli Qalesya sambil menarik kerusi di hadapanku.

“Eh,..silakan duduk Qalesya,”

“Dah lama ke kau mengajar kat sini. Kau apa khabar sekarang ni Hazwan. Dah tiga tahun sejak keluar dari institut kita tak jumpakan.”Bertalu-talu persoalan yang dilemparkan Qalesya.Mungkin kerana sudah lama tidak bersua.Ingin mengetahui perkembangan masing-masing.Qalesya yang dahulunya pendiam bertukar menjadi seorang yang periang. Mungkin sifat mendidiknya yang mengubah perwatakkannya.

Namun, semua tentang Qalesya kebanyakkannya tidak berubah kecuali sifatnya yang periang sekarang ini.Banyak yang kami bualkan sehingga berakhir waktu rehatku.Aku meninggalkan kantin bersama Qalesya, tapi berbeza haluannya selepas itu. Aku menuju ke kelasku.Qalesya menuju ke bilik guru.Sesuatu yang berbeza dapat aku rasakan berbanding sebelum ini.Aku menjadi lebih bersemangat untuk berjuang kali ini.

Malam itu, aku tidak dapat melelapkan mataku. Fikiranku terbayangkan wajah Qalesya yang sungguh manis itu. Jauh fikiranku melayang, sehingakan kami berkahwin dan mempunyai seorang putera dan dua orang puteri. Aku terlena dalam angauku…

Kebiasaannya, pada hujung minggu aku menghabiskan masaku di rumah.Membuat apa-apa yang patut.Rakan serumahku Hazif selalu balik kampung pada hujung miggu.Kampungnya pun tidak jauh dari tempat kami mengajar.Dapat jugak balik kampung.Aku, perlu menunggu cuti pertengahan penggal baru boleh pulang menemui ayah dan bonda.Rindu pada mereka, bagaimana keadaan mereka sekarang.

“Tet.. Tet…. Tet.. Tet..”

“Hazwan, hari ni boleh temankan beli barang rumah tak?Maklumlah saya masih kurang arif disini… hehe..” mesej dari Qalesya.

Tanpa berfikir panjang, aku bersetuju untuk menemaninya. Bukan apa, apa sahaja boleh berlaku di tempat yang kita tak biasa pergi. Pekan yang paling hamper dengan kawasan ini adalah Pekan Sik. Itu pun sejauh 15 Kilometer. Dari sini ke Alor Star sejauh 70 kilometer yang mengambil masa 2 jam. Di atas persetujuannya, aku membawanya ke Alor Star, ibu negeri Kedah.

Walaupun sudah tiga tahun aku mengajar di Kedah, jarang sekali aku menjejakkan kaki di Alor Star.Kalau ada pun, itu di atas urusan rasmi.Langkawi yang dah dekat pun tak pernah lagi aku pergi.Ingat lagi dulu, masa zaman sekolah, ada cikgu tawarkan pergi lawatan ke Langkawi.Tapi, ayah aku tak bagi kebenaran mengikuti lawatan tersebut.Waktu itu, hujan, tanaman semua tak menjadi.Hasil menoreh pun tak dapat.Kami kekurangan kewangan ketika itu.

“Apa yang menarik kat Kedah ni erk?” tanya Qalesya. Agak sukar untuk aku menjawabnya.Semenjak aku berkidmat dengan kerajaan, aku tak pernah keluar bercuti. Cuti panjang aku akan balik ke kampung. Kalau dulu, zaman belajar, satu Kuala Lumpur aku ronda.

“ Aku pun tak pasti. Aku dah jarang sebenarnya keluar sejak dah start kerja ni... hehe,..Langkawilah paling popular,” jelasku.

“Takkan nak pergi Langkawi kot hari ni. Tak ada ke tempat yang boleh rileks-rileks tenangkan fikiran.”Jawapanku tadi seakan tidak memuaskan hati Qalesya.

“Lepas beli semua barang nanti, kita pergi satu tempat,” sambungku lagi.

Setelah habis membeli semua kelengkapan barang Qalesya.Aku membawanya ke Pantai Merdeka. Ingin aku bertanyakan tentang surat itu. Namun biarlah aku menunggu waktu yang sesuai.

Ketenangan di Pantai Merdeka setenang aku melihat wajah Qalesya yang ceria.Deruan angina laut mendamaikan jiwa sedamai Qalesya bersamaku.Alangkah baiknya jika perasaan ini berkekalan sehingga ke akhirnya. Namun, hakikatnya tiada siapa yang mengetahui…

Cintaku Dalam Diam

“…Saat kau menghampiri diri ku

Ku ingin engkau tahu

Sebenarnya aku diam-diam

Aku jatuh hati pada mu

Ku ingin tahu diam-diam

Aku jatuh hati pada mu

Ku ingin kau tahu..”

Bait-bait lagu Tilu yang kudengar di radio memang kena dengan jiwaku pada malam ini. Lagu itu mengungkapkan perasaan yang sedang aku alami waktu ini. Namun aku tidak mempunyai kekuatan untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hatiku ini padanya. Biarlah masa dan takdir yang menentukannya.

Aku hanya mampu tersenyum dan melihatnya dari jauh. Walaupun kami masing-masing sudah kenal-mengenal antara satu sama lain, tapi itu hanya sekadar perkenalan sebagai teman biasa sahaja. Aku mahukan lebih dari itu. Menjadi permaisuri dalam hatiku dan bidadari di sana nanti. Aku hanya mampu menyandarkan harapan yang tinggi menggunung dan cintaku hanya dalam diam padamu.

Aku takut nanti akan timbul pelbagai fitnah antara kau dan aku nanti, biarlah aku pendam rasa ini sehingga ke saat yang sepatutnya. “Buat masa sekarang lebih baik begini daripada ber’couple’,” fikirku. Aku merenung jauh masa depanku. Masih samar-samar lagi hala tuju. Aku hanya mampu merancang, selebihnya aku serahkan pada yang Maha Kuasa. Dia-lah yang Maha Menentukan.

Mengimbau kembali saat pertama kali aku menjejakkan kakiku ini di kota metropolitan ini, sayu, syahdu mengingatkan pengorbanan ayahanda dan bonda yang telah berpenat lelah untuk memastikan aku dapat menjejakkan kakiku disini. Saat bonda melambaikan tangan dengan segunung harapan agar putera kesayangannya mampu mengubah nasib kami sekeluarga.

Berlinang air mata tatkala melangkah keluar dari rumah pusaka, melangkah memikul harapan dan tanggungjwab yang besar. “Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini, tidak tertanggung beratnya tanggungjawabku ini terhadap kedua ayah dan bondaku. Hanya pada-Mu aku mengharapkan bantuan dan pertolongan. Kau kasihilah kedua ibu bapaku yang telah berkorban harta dan benda untuk membesarkanku sehingga ke tahap ini. Murahkanlah rezeki mereka, dan panjangkanlah umur mereka untuk melihat kejayaan anak mereka ini. Amin.”

Jika sebelum ini, pernah sekali aku datang ke sini bersama dengan teman-teman sewaktu zaman sekolah rendah dahulu, sudah lapan tahun berlalu. Kuala Lumpur hari ini sudah tidak sama dengan apa yang aku lihat lapan tahun yang dahulu. Semua telah banyak berubah. Landskap di sini bila-bila masa sahaja boleh berubah. Aku khuatir aku tidak dapat mengawal diriku, berubah seperti arus perubahan kota metropolitan ini. Bagai lalang yang ditiup angin, sekejap di atas sekejap di bawah.Terumbang ambing dalam arus.

“Semua pelajar diminta berkumpul di dewan tepat jam 2.00 petang, sila bawa bersama fail dan alat tulis yang dibekalkan,” kedengaran suara dari pembesar suara yang meminta kami berkumpul. Minggu suai kenal atau di sini dikenali sebagai Minggu Jalinan Mesra atau MJM . Minggu yang paling ditakuti sebenarnya. Mengikut cerita, di sini memang terkenal dengan budaya ragging. Macam-macam cerita aku dengar sebelum aku masuk ke sini. Aku hanya mampu berdoa dan mengharapkan semua itu tidak berlaku.

Kami diberikan taklimat mengenai perjalanan MJM oleh fasilatator yang terlibat. Panjang lebar. Mengikut taklimat yang diberikan, tujuan MJM diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan bantuan kepada pelajar baru mengenai kehidupan di maktab. Disamping itu juga, MJM diadakan untuk menyelesaikan segala urusan pendaftaran pelajar baru dengan pihak institut.

Aku terpandang akan seorang hamba Allah. “Subhanallah, indahnya ciptaan-Mu tuhan,” hanya itu yang mampu terungkap di bibirku. Sejuk mata memandang apabila melihatnya. Aku rasa, dia pasti menjadi idaman setiap lelaki yang mahukan rumah tangga yang bahagia di dunia dan akhirat. Jauh aku mengelamun.

“ Assalamualaikum, saya Azman. Boleh saya duduk di sini”, tersedar aku dari dunia yang penuh khayalan. “ Wa’laikummussalam, silakan. Saya Hazwan,” jawabku ringkas. Perbualan kami terhenti setakat itu sahaja kerana program hendak bermula. Aku masih memandang akan wajah itu. Entah mengapa, hatiku menjadi tenang apabila melihat wajahnya.

Seminggu telah berlalu, kini bermulalah kehidupan aku sebagai pelajar dan bakal guru di Institut Bahasa Melayu ini. Sememangnya telah menjadi impianku sejak di bangku sekolah lagi untuk berkhidmat kepada anak bangsa sebagai pendidik. Satu taklimat khas akan diberikan oleh Pengarah Institut dan kami akan diberikan kelas masing-masing selepas mengisi borang pendaftaran kursus.

Memandangkan kursus perguruan telah dinaik taraf daripada program diploma kepada ijazah sarjana muda, maka kami dikehendaki memilih jabatan minor untuk mencukupkan syarat graduasi. Borang telah siap aku isi, cuma sedang menunggu Azman yang belum siap mengisi borangnya. Sekali lagi aku terserempak dengannya, segan untuk aku menegurnya. “ Tak apalah, kalau ada jodoh nanti jumpa lagi,” bisik hati kecilku.

Memang benar, jodoh pertemuan ketentuan Tuhan. Kami berada dalam kelas yang sama. Aku dapat rasakan degupan jantungku semakin kencang apabila dia berada di depanku. Kelas pertama kami tamat dengan pengagihan kumpulan untuk membuat tugasan. Kali ini Azman berada dalam satu kumpulan dengannya, dan aku pula berada dalam kumpulan yang berlainan.

“ Wan, aku ada benda nak cerita dengan kau ni,” Azman memulakan bicara. Kebetulan selepas MJM tempoh hari, kami ditempatkan dalam satu bilik. Mudahlah bagi aku kerana Azman merupakan orang pertama yang aku kenal di institut ini. Orangnya mudah mesra dan pandai menarik perhatian orang.

“ Apa cerita kau kali ni, lembu Pak Ali kampung kau terjun parit, kereta sorong sepupu kau enjin dia dah rosak,” perliku. Azman memang selalu buat lawak dengan semua orang yang dia kenal. Kadang-kadang aku buat tak endah dengan lawak dia. Tapi dia bukan jenis orang yang suka ambik hati dengan benda-benda remeh macam tu.

Ish, apa pulak ke situ kau ni. Kali ni aku serius,” jawabnya menyungguh. Melihat akan kesungguhan Azman, aku menghentikan kerjaku seketika untuk melayan ceritanya itu. “Habis tu apa dia?” tanyaku.

Azman bercerita panjang mengenai gadis yang berada dalam satu kumpulan dengannya. Ya! Gadis itu. Aku mengiyakan sahaja apa yang dikatakan Azman. Mungkin gadis itu bukan jodohku. Mungkin dia untuk Azman. Aku terbaca satu status dalam Facebook “Mencintai tidak semestinya memiliki”. Mungkin benar akan kata-kata itu, kerana yang Maha Mengetahui hanyalah Dia Yang Satu. “Wan, aku nak usha la budak tu, dah ada ke belum,” sambung Azman. “ Emm, eloklah tu,” jawabku ringkas.

Seperti biasa, sebelum balik ke bilik, aku singgah ke kantin untuk menikmati makanan tengah hari. Kebetulan, gadis itu berselisih denganku. Senyumannya yang manis itu dilemparkan kepadaku. Di suatu sudut, aku melihat Azman yang kelihatan sugul.

“ Apa hal kau ni Man?,” tegurku. “ Qalesya,” jawabnya dengan rasa kecewa. “Qalesya! Siapa Qalesya tu? Kenapa kena mengena si Qalesya dengan kau sampai kau jadi macam ni?” tanyaku lanjut. “Qalesya, tolak hasrat aku Wan. Aku akan tunggu kau sampai kau terima aku Qalesya.”

*******

Empat tahun sudah berlalu. Pelbagai perkara telah berlaku. Macam-macam ragam sahabat-sahabatku institut yang telah aku lihat. Tahun terakhir aku disini. Segala yang aku impikan sebelum ini akan tercapai dalam masa terdekat ini. Tidak sabar rasanya untuk menjemput kedua ayah dan bonda untuk menyaksikan majlis graduasi puteranya nanti. Aku sangat menantikan saat itu. Itulah yang mereka harapkan sebelum ini.

“Assalamualaikum Wan, jauh kau termenung, teringat awek eh?” teguran Qalesya telah menyedarkan aku dari lamunan. Senyuman Qalesya benar-benar mendamaikan. Menghilangkan resah di jiwa. Ditambah pula dengan lesung pipit di pipinya. Sungguh ayu ciptaan Tuhan ini.

“Wa’alaikummussalam, Eh, Qalesya, Humairah. Tak adalah, Cuma terkenangkan masa mula-mula masuk di institut ni je. Sedar tak sedar kita dah berada di tahun akhir.” Jawabku. Sudah menjadi kebiasaan Qalesya untuk membawa sahabat baiknya Humairah ketika keluar ke mana-mana.

“Em.. Betul jugak erk.. Tinggal beberapa bulan saja lagi. Tak lama lagi En. Hazwan kita ni akan bergelar Cikgu Hazwan la Humairah,” balas Qalesya sambil tertawa. “ Aku je ke yang jadi cikgu, kau pun sama. Sama-samalah kita berdoa agar kita lulus dengan cemerlang nanti. Kau berdua ni nak kemana,”

“ Kami nak ke perpustakaan, nak pulangkan buku, Eh, Wan, aku nak mintak tolong sikit dengan kau ni. Laptop aku ada problem, tak tahu kenapa. Kau tolong tengok boleh tak?,” ujar Qalesya. “ Nanti, kau bagi aku, tengok apa penyakit dengan laptop tu, senget macam tuan dia kot. Hehe..”

“Ish kau ni, nanti aku bagi kau. Oklah, kami gerak dulu,” ujar Qalesya sambil beredar meninggalkanku. Sempat juga dia menoleh kebelakang sambil tersenyum. “Qalesya, aku sanggup buat apa sahaja untuk kau. Aku takut. Aku malu untuk aku luahkan apa yang terbuku dalam hatiku ini pada kau Qalesya. Bagaimana jika aku luahkan, dia menolak cintaku. Apa yang akan terjadi antara aku dan dia selepas itu. Jika dia terima, perhubungan akan menjadi lebih serius. Tiada lagi hubungan mesra, gurau senda dan hilai tawa yang sering kami lakukan. Oh Tuhan, berikanlah aku petunjuk, apa yang harus aku lakukan,” bisik hatiku yang berkecamuk.

Terlalu lama aku memendam rasa ini. Pelbagai perkara bermain di fikiranku. “ Adakah dia sudah berpunya. Jika ya, kenapa pandangannya seolah-olah dia menantikan sesuatu dari aku? Ahh..”

Seperti biasa, pada waktu malam setelah aku menyelesaikan semua tugasan , aku membuka laman sosial popular dekad ini Facebook. Cukup sekadar aku ketahui Qalesya sedang online, lepas rinduku padanya. Aku takut untuk berchatting dengannya. Mungkin dia sedang asyik berchatting dengan kekasihnya atau mungkin juga tidak. Biarlah setakat itu sahaja. Namun, tiada warna hijau di facebook chatnya itu. Dia tidak online malam ini.

Aku membiarkan sahaja akaun facebook aku dalam status online. Bagi aku tiada apa-apa dalam facebook itu selain untuk mengetahui makluman mengenai kuliah dan informasi mengenai institut. Ada baiknya juga facebook ini. Bagi aku yang paling penting adalah bagaimana kita menggunakan dan memanfaatkannya. Memang benar, banyak buruknya jika kita tidak pandai dalam memanfaatkannya. Semua bergantung pada diriku bagaiamana untuk kita menggunakannya.

“ Ai.. kuat facebook nampak, dengan awek ke?” celah Azman sambil menepuk bahuku. “Ish.. kot ye pun bagillah salam. Nasib baik aku tak sakit jantung. Kalau tak mati aku terperanjat dek kau,” balasku. “ Opss, hehe.. Assalamualaikum, apa kau buat tu?” Azman menyambung kembali pertanyaannya.

“ Tak ada apa-apa, aku bukak facebook tengok kalau-kalau ada apa-apa maklumat yang budak-budak ni post. Maklumlah zaman sekarang ni semua facebook.” Jawabku.

“ Ooo.. eh kau ada terserempak dengan Qalesya dan Humairah tak hari ni,?” Sudah lama Azman tidak membangkitkan soal Qalesya. Tiba-tiba hari ini nama Qalesya meniti di bibir Azman hari ini.

“ Kau dengar tak apa yang aku cakap ni Wan?” Azman meninggikan suaranya apabila melihat aku mengelamun di hadapan laptop. “Hah ! Apa kau cakap tadi?” tanyaku kembali.

“Ish kau ni, apalah yang kau menungkan tu. Aku tanya, aku ada jumpa Qalesya dan Humairah tak hari ni?” Azman mengulang pertanyaannya buat kali yang kedua.

Ada pagi tadi. Diaorang nak pergi library tadi. Aku jumpa dekat dengan Pejabat Pengarah. Kenapa? Kau rindukan Qalesya eh.?” Aku cuba menyembunyikan kegusaran dan kegelisahan hatiku di sebalik senyuman yang aku berikan kepada sahabat baikku itu. Di dalam hati ini berbeza dengan apa yang dilafazkan oleh bibir. Dalam hati ini hanya Tuhan sahaja yang tahu.

“Tak adalah, aku ada sesuatu nak bagi Qalesya, kalau tak sekarang pun, mungkin nanti. Tapi aku kena bagi jugak, soal hidup dan masa depan aku,” balas Azman. “ Apa dia?” soal ku kembali. “ Adalah…,” Azman menjawab ringkas soalanku tadi, lalu meninggalkan aku dengan membawa kelengkapan mandinya ke bilik air.

Sedang aku merenung skrin laptopku itu, satu komen menghiasi wall facebook ku itu. “Cikgu Hazwan, bila anda mahu melihat-lihat jantung hati saya itu.” Coret Qalesya. Aku terlupa bahawa, laptop Qalesya ada masalah.

“ Saya terlupa Cikgu Qalesya. Malam esok boleh..? Malam ini saya ada sedikit urusan mahu dibereskan” balasku. “ Baiklah Wan, esok aku tunggu kau kat bawah, sengsara aku laptop rosak neh… Ni pun aku pinjam dengan roommate aku, oklah, esok aku call kau. Salam.” Memang tak pernah panjang perbualan kami, baik menerusi chatting, sms ataupun telefon. Kami hanya bercakap mengenai perkara yang berkenaan sahaja.

Seperti yang dijanjikan, Qalesya menunggu aku di Taman Didik. Di sini merupakan tempat semua pelajar-pelajar institut melepak pada waktu malam. Entah kenapa pada malam ini tiada seorang pun yang melepak di situ. Mungkin memberi peluang kepada aku untuk bersama Qalesya.

“Assalamulaikum.. Kau sorang je ke? Mana Humairah?” sapaku. “Wa’alaikummussalam.. Ada dia pergi koperasi. Kejap lagi datang la tu,” balasnya lembut. “Mana dia laptop kau tu,” Kami tidak banyak bercakap. Dia asyik membelek-belek handphonenya itu. Aku meneruskan kerjaku memeriksa laptopnya.

“Emhh, sikit je ni, tapi esoklah aku bagi kau,” aku memecahkan kesunyian kami berdua. “Esok? Tak boleh online lah aku malam ni, ujar Qalesya dengan suara manjanya. “ Alah.. Esok je pun, bukannya lama,” balasku lanjut. Kelihatan kelibat Humairah menghampiri kami berdua di Taman Didik itu.

“Macam mana Isya, dah ok ke laptop kau?” tanya Humairah dengan termengah-mengah ekoran daripada menaiki tangga dari koperasi itu tadi. “Entah, cikgu kita ni cakap esok baru siap,” balas Qalesya.

“Tak pe la Wan, dah siap nanti kau bagi tahu aku. Kami naik dulu. Apa-apa nanti mesej erk,” Mereka meninggalkan aku sendirian bersama Dell nya itu.

***

Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk kami menghabiskan hari-hari terakhir di institut ini. Segala borang persediaan untuk posting selepas tamat pengajian telah siap aku isi. Cuma yang tinggal beberapa boring perjanjian dengan kerajaan sahaja. Peperiksaan akhir semester ini juga harus aku habiskan dengan jayanya. Kalau tidak, semua yang aku lakukan ini akan menjadi sia-sia jika aku terpaksa extend pengajian.

Malam itu aku coretkan warkah khas untuk Qalesya. Mungkin ini cara yang terbaik yang harus aku lakukan. Aku malu untuk berdepan dengannya. Takut aku akan dihampakan. Akan aku serahkan warkah buat Qalesya ini pada hari konvokesyen nanti. Semua yang tersirat dalam hatiku ini akan aku persembahkan ke dalam warkah ini. Selepas ini mungkin kami tidak akan bersua lagi. Membawa haluan masing-masing bersama takdir yang telah ditentukan oleh-Nya.

“ Wan, kami bangga dengan kamu. Kamu telah buktikan kesungguhan kamu hari ini. Tahniah Wan,” ucap ibuku. Hari ini merupakan detik yang paling bersejarah untukku. Majlis Konvokesyenku. Memang detik ini yang aku tunggu selama ini. Detik yang aku janjikan untuk membawa kedua ayah dan bondaku ke sini untuk melihat kejayaan anak mereka. Jelas terpancar riak kepuasan dan kegembiraan di wajah mereka.

Sedang aku menghampiri Qalesya, Azman baru sahaja beredar meninggalkannya. Ku lihat suatu bungkusan di tangan Qalesya. Mungkin inilah yang dikatakan oleh Azman tempoh hari. Dia mahu mengotakan kata-katanya mahu memberi sesuatu pada Qalesya. “ Cikgu Qalesya,” sapaku. “Ya saya. Oh.. Cikgu Hazwan rupanya,” balas Qalesya sambil tersenyum. “Mana kedua ibu bapa kau,” tanyaku. “Mereka tak dapat datang. Nenek aku sakit kat rumah tu. Lagi pun dekat je kan,”jelasnya. “Oh.. Aku bersimpati degan kau. Jom aku perkenalkan dengan mak dan ayah aku,” ajakku.

“Mak, ayah, ini Qalesya, kawan Wan,” perkenalku kepada ayah dan ibuku. “Apa khabar mak cik, pak cik,” sambung Qalesya. “Eh, Wan kau ajak la Qalesya dan mak ayah dia datang rumah pak cik kau malam ni, pak cik kau tu beria benar nak buat kenduri untuk kau,” ujar ibuku. “Aah, betul tu Wan, ajak kawan-kawan kamu yang lain jugak,” sambung ayahku.

“Tak apalah pak cik, mak cik,mak dan ayah saya tak dapat datang hari ni, nenek kat rumah tu tak sihat. Saya terpaksa balik dahulu, mak bimbang dengan kesihatan nenek tu, itulah sebabnya saya seorang sahaja datang hari ni” balas Qalesya dengan penuh lemah-lembut. “ Saya minta diri dulu ye pak cik, mak cik,” sambungnya.

Aku dan Qalesya pergi ke satu sudut meninggalkan kedua ibu bapaku, “ Isya, aku ada sesuatu nak bagi engakau,” ujarku. “ Apa dia, hehehe, mesti hadiahkan, sorry la wan aku tak sempat nak beli apa-apa untuk kau. Kau tahukan nenek aku sakit sebelum ni,” ujar Qalesya bersungguh-sungguh ingin mengetahui hadiahnya itu. “Tak pe lah Isya. Aku tak harapkan balasan harta benda pun. Tapi aku ada satu syarat sebelum aku serahkan pada kau. Kau kena bukak hadiah ni bila kau sampai di rumah nanti. Janji !” sambungku. “Baiklah,” Qalesya aku dengan syaratku. Aku serahkan bungkusan berwarna biru laut yang sememangnya menjadi kesukaannya.

****

Malam itu, setelah memberikan ubat kepada neneknya. Qalesya membelek-belek hadiah yang diterimanya hari ini. Pelbagai jenis hadiah berada dalam bilik tidurnya. Tidak kurang juga bunga-bunga dan kad ucapan yang diterimanya sebelum majlis konvo itu lagi. Kelihatan sebuah bungkusan merah yang diberikan Azman pagi tadi.

“Alamak! Untuk Humairah ni,” Qalesya bergegas meluru keluar dari biliknya mencapai telefon di ruang amu rumahnya itu. “ Tet.. tet.. tet.. Hello Irah kau kat KL lagi kan,” ujar Qalesya tercunggap-cungap. “ Aaah.. Kenapa,” balas Humairah. “ Nasib baik, Azman ada bagi sesutu kat kau. Dia cakap malu nak berdepan dengan kau,” sambung Qalesya. “Owh, apa dia, aku kat restoren ni, nanti aku pergi rumah kau,” ujar Humairahh. “ Aku tak tau, ok aku tunggu kau,” Qalesya meletakkan ganggang telefon. Hilang resahnya. “ Nasib baik, kalau tidak, tak tahulah apa aku nak cakap dengan Azman nanti,” bisik hatinya.

Sedang menunggu Humairah, Qalesya terlelap di atas sofa buatan Jerman yang baru dibeli oleh ayahnya bulan lepas. Keletihan selepas seharian melayan rakan-rakannya. “Assalamualaikum, Isya… Isya.,.” kedengaran suara memanggil Qalesya.

Qalesya bangkit dalam keadaan mamai. “ Waalaikumussalam. Kejap?” Qalesya membuka pintu rumahnya. Humairah menunggu di hadapan pagar rumahnya itu. “Owh Humairah. Masuklah dulu,” pelawanya. “ Tak apalah Qalesya, dah lewat malam ni, mana hadiah tu,” ujar Humairah. “Emm, ni dia. Aku tak tahu apa bendanya. Berat jugak tu, emas kot, hehe..” ujar Qalesya. “Ish kau ni, mamai pun boleh lagi buat lawak,” seloroh Humairah. “Oklah, aku balik dulu, maaf ganggu kau, nanti ada masa aku datang lagi,” sambung Humairah. “Oklah, baik-baik jalan,” pesan Qalesya kepada sahabat baiknya itu.

Setelah mengunci pintu. Qalesya menuju ke biliknya untuk menyambung tidurnya. Namun isi hatinya pula memberontak mahu mengetahui apakah isi hadiah yang diberikan Hazwan tadi. Qalesya menggagahkan matanya untuk membuka bungkusan berwarna biru laut itu. Warna kesukaannya.

Perlahan-lahan Qalesya mengangkat sebuah bebola Kristal yang di dalamnya terdapat dua ekor Swan. Sungguh cantik apabila digoncangkan. Swan itu aku berputar-putar mengalunkan irama muzik yang sungguh indah. Namun bukan sekadar itu sahaja. Di sebalik swan itu terdapat helaian kertas yang berwarna biru.

Assalamualaikum…

Kehadapan sahabatku Qalesya. Di saat ini mungkin aku sudahpun pulang ke kampung halamanku bersama orang tuaku. Aku harapkan kehadiran warkahku ini tidak menganggu dirimu dan hidupmu.

Sesungguhnya lima tahun kita di institut merupakan satu pengalaman terindah yang tidak dapat kita beli dengan wang ringgit. Lima tahun yang sukar untuk digantikan. Lima tahun yang tidak akan kembali lagi selepas ini.

Aku mengharapkan agar aku dapat mengundurkan masa agar pengalaman terindah kita bersama akan terus dan sentiasa berada dalam genggaman kita. Akan tetapi, kita hanya manusia biasa, tidak berupaya mahu mengubah ketentuan-Nya. Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.

Qalesya, sejak hari pertama aku melihat dirimu semasa Minggu Jalinan Mesra, hati ini berkobar-kobar ingin berkenalan denganmu. Waktu itu, aku ingatkan kita tidak akan bertemu lagi, namun seprti yang aku katakana tadi, semuanya ketentuan Tuhan. Kita dipertemukan dalam satu kelas yang sama.

Mungkin pada awalnya, kau lebih suka bersendiri. Aku pula malu untuk menegur dirimu walau hatiku mahu berbuat demikian. Aku tidak punyai kekuatan untuk berhadapan denganmu. Kini, setelah lima tahun berlalu, kaulah sahabatku yang akan aku ingati sampai bila-bila.

Qalesya, aku tahu bukan jodoh kita untuk bersama. Walau hatiku ini mahu menjadikan kau lebih daripada seorang sahabat, namun aku tahu hatimu telah pun dimiliki selama ini. Sungguh bertuah lelaki itu.

Aku tahu Azman juga ada menrauh hati padamu. Namun aku tetap gagahi juga jari jemariku untuk menulis warkah ini padamu. Aku memandam perasaanku. Tetap menyukaimu dan mencintaimu dalam diam.

Maafkan aku kerana tidak dapat berdepan denganmu. Maafkan keran malu untuk berdepan denganmu. Maafkan aku kerana takut untuk menghadapi kenyataan. Maafkan aku Qalesya.

Mungkin selepas hari ini, kita tidak akan berjumpa lagi seperti sedia kala. Aku dengan haluanku. Engkau dengan haluan kau. Semua yang akan berlaku terserah pada takdir. Jika jodoh dan persahabatan kita masih panjang, kita akan bertemu lagi.

Qalesya, sebelum aku mengundurkan diri. Aku harap kau kenang persahabatan kita selama lima tahun ini. Seribu kemaafan aku pohon daripadamu di atas segala kekhilafan yang telah aku lakukan sepanjang persahabatan kita ini. Cuma satu yang aku ingin kau tahu. Aku mencintaimu dalam diam selama ini.

Sebelum pena ini berhenti, ingin aku kongsikan puisi yang aku ciptakan khas buatmu Qalesya..

Pertama kali ku melihat dirimu aku terpaut

Tika itu, masih lagi dalam suasana ta’ruf

Tapi tidak berkesempatan untuk bersua

Bertanyakan nama

Ku memandangmu dari jauh

Tingkahmu ku perhatikan

Senyummu, tawamu,

Mengubat hatiku ini yang duka

Tika ku terkenang ayah dan bonda tercinta

Ku ingatkan kita takkan bersua lagi

Walau kita di bawah satu bumbung

Ku masih tidak mnegenalimu

Ku malu tapi ku mahu

Ku mahu tapi ku malu

Cintaku di dalam diam

Hanya gambaran potretmu di mindaku

Anganku bersamamu

Tidak di dunia, akhirat menanti

Menghias Firdausi yang kekal abadi

Cintaku dalam diam

Tidak ku tahu tentang dirimu

Masihkah lagi bersendiri

Aku takut akan realiti

Menghadapi kenyataan ini

Cintaku dalam diam

Walau kita bersua

Hanya sekadar teman biasa

Tetapi mesra

Ku rasakan kedamaian

Tika bersamu

Kaulah penyejukku

Kaulah penyeri

Dengan impian melayar bahtera

Harapan untuk bahagia dunia dan akhirat sana

Bersama mengharungi onak dan noda

Bersama berpimpin tangan

Menuju bahagia yang hakiki

Disana nanti

Kaulah cintaku dalam diam…

Terima kasih kerana sudi meluangkan masamu. Terima kasih kerana mengotakan janjimu. Terima kasih di atas keikhlasan persahabatan kita selama ini. Terima kasih Qalesya. Dalam diam aku mencintaimu.

sHazwan..

P/s: thanks kepada penulis. Nama penulis dirahsiakan atas permintaan beliau. =)

Islamic Calendar

bloguez.com

ilham untuk semua

selamat datang dan selamat membaca. blog ni di wujudkan khas bagi memaparkan karya karya seperti cerpen dan puisi. bagi yang berminat untuk berkongsi ilham disini, bolehla menghubungi saya di alamat email elfhyunie@gmail.com .. *utk tjuan suka suki shja. utk share idea dan pendapat bg mmperbaiki skill penulisan. no royalty.. hehehe*kredit kepada penulis akan ditulis lengkap (ats permintaan dan keizinan)..

biar pena bicara

My photo
wpL.wpKL. ilham buat semua..

~listen to my heart~

Followers

..maietah bekurapak..

*neenooneenoo*

by tiney ahmad... Powered by Blogger.