bukan cerita pendek,
Aku keliru. Entah apa – apa perasaan aku sekarang ni. Tambah tambah lagi bila sunyi macam ni, waktu aku sedih macamni la roomate tak balik lagi la, kolej sunyi la. Huh, aku dah penat mengeluh. Kad biru itu aku lihat lagi. Cantik. Wangi. Tapi, entah kenapa aku sakit hati membacanya. Bukankah aku sepatutnya gembira. Ah. Aku sendiri pun tak faham apa yang aku fikirkan sekarangni.
Adam Nadhim. Lama dah aku tak sebut nama ni. Bertahun juga rasanya. Parasnya juga aku sudah ingat ingat lupa. Yang aku ingat, tubuhnya tinggi. Kurus orangnya. Dulu aku selalu menyamakan wajahnya dengan Zamani kumpulan Slam. Tapi, aku berani jamin, senyumannya lebih manis dari Zamani. Hmm, memikirkannya membuatkan aku tersenyum. Kenangan. Indah, mahal dan sukar untuk dilupakan.
Aku masih ingat bagaimana aku kenal Adam Nadhim. Ketika itu aku baru masuk tingkatan empat. Ketika itu, minatku untuk menjadi seorang doktor terpaksa aku kuburkan kerana keputusan Peperiksaan Menengah Rendah ku yang kurang cemerlang. Hanya jurusan kemanusiaan yang aku daftar untuk kemasukan tingkatan empat. Bersama dua tiga orang lagi rakan sekelas ku semasa menengah rendah dulu, aku mula meyesuaikan diri dalam kelompok baru.
Aku selesa bersama rakan rakan baru. Riang. Dan ikhlas menerima aku sebagai aku. Si kaki kecoh yang tak pandai nak duduk diam. Disinilah aku mengenali dia. Adam Nadhim. Bermula dengan senarai nama kelas, aku dan rakan rakan ku saling mengusik, hinggalah aku sedar, usikan itu menjadi nyata. Aku mula sedar, hatiku mula terpaut padanya, Adam Nadhim.
Pada asalnya aku dan rakan rakanku hanya bergurau memadan padankan pelajar lelaki dan pelajar perempuan di kelas itu, dan rakanku dengan nakalnya memadankan aku dengannya. Pada mulanya aku hanya tertawa tanpa niat. Hatiku yakin, mustahil untuk aku menaruh hati padanya. Adam Nadhim, siapa yang tak kenal. Pelajar nakal, kaki ponteng, hantu rokok, kaki pukul. Dengan tubuh kurus tingginya, uniform sekolahnya yang selekeh, tidak berbutang kemas. Sungguh, aku sungguh memandang rendah padanya. Apatah lagi ketika itu, pelajar pelajar perempuan tengah kecoh dengan kehadiran seorang budak baru tingkatan empat yang baru. Dari sabah asalnya. Memang tenggelam lah pelajar pelajar lelaki yang lain.
Entah bila, tanpa aku sedar aku mulai rapat dengan Adam Nadhim. Mengenali dia yang sebenarnya tidaklah seteruk yang aku bayangkan. Orangnya kelakar, selalu membuat aku tertawa. Hari demi hari membuat aku mula selesa berkawan dengannya.
Masa cepat berlalu. Sedar tak sedar, kami masing masing sudah berada di tingkatan
Aku hanya membiarkannya memandangkan guru subjek ku sedang menuju ke kelasku. Tamat masa pelajaran, aku menuju kearahnya. Yang sedang berdiri di sudut kegemarannya. Ketika itulah aku tahu yang dia baru sahaja bergaduh dengan rakan sekelasku. Aku ingat lagi, aku nyaris tergelak bila dia melarangku dari menegur rakan ku itu. Aku ingat lagi perbualan kami ketika itu, “ apa salahnya aku tegur dia? Kitorangkan kawan, macam kawan kawan yan lain la.. masak la aku kalau kau gaduh ngan dia aku lak tak leh tegur dia”, dia menjawab “ tu kawan lain biarla. Kau lain..” aku pelik. “ aku lain? lain apanya?” , dia kata “lain la..”.
Sampai sekarang aku tak faham maksud Adam. Kadang kadang bicara Adam membuatkan aku keliru. Tingkahnya juga selalu membuat hatiku bertambah sayang padanya. Tetapi, aku sedar diriku. Apatah lagi Adam sudah berpunya. Pernah juga aku
Bila mengenang balik peristiwa lama, senyuman ku mekar dengan sendirinya. Zaman hingusan. Zaman tak matang lagi. Lepas dari peristiwa aku berbahas dengan Adam, kehidupanku masih normal. Aku melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam. Aku mula menanam tekad hendak menjejakkan kaki ke menara gading. Dalam masa yang sama, Adam hadir semula dalam hidupku. Katanya, dia dan kekasihnya sudah tidak ada hubungan lagi. Katanya, dia sudah lama menaruh hati padaku. Aku percaya. hati kecilku mula berbunga bunga. Aku ingat lagi, aku baru selesai dari mengikuti sebuah program khas untuk remaja. Aku yang sedang berehat dikejutkan dengan lamaran dari Adam. Dia mahukan aku lebih dari seorang sahabat. Tersenyum aku sepanjang malam tu. Kebetulan sepupuku yang datang dari
Pagiku terasa lebih ceria, sepupuku mengajakku bersiar siar dengannya. Pada asalnya aku ingin mengajak Adam, tapi, entah mengapa hatiku terasa lain. Ku batalkan niatku hendak mengajaknya. Aku menemani sepupuku yang ingin membeli belah di Shopping Mall. Seingatku, aku dan sepupuku berjalan di tingkat bawah. Aku lihat sepasang kekasih yang membelakangi kami duduk di tingkat atas. Dengan ceria aku memberitahu sepupuku, “ kalau kau nak tahu macamana
Rakan sekelasku, Nur mengajakku mengikuti sebuah program juga khas untuk remaja. Nur tahu akan kisahku. Kami bersama sama
Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran
Sudah bertahun peristiwa itu berlalu. Aku kini bergelar mahasisiwi di sebuah Universiti tempatan. Kadang kadang aku rasakan hatiku sudah keras berbanding dahulu. Namun dalam masa yang sama aku rasakan hatiku terlalu rapuh seperti dahulu. Entahlah. Hanya insan insan disekelilingku yang boleh menilai diriku. Dalam bertahun ini, nama Adam seakan hampir aku lupakan. Cuma, cuti sem lepas, ketika aku membelek belek novel lamaku, aku terlihat gambar Adam terselit di celah salah satu novel itu. Kosong, itu yang aku rasakan ketika itu. Kebetulannya pagi itu, aku dan ayahku pergi ke majlis kenduri kahwin di kampung ayahku, aku terlihat dia. aku tahu dia juga melihat diriku. Tapi, aku akur dengan bait ayat kami dulu. Kedua duanya hanya memandang dari jauh sahaja.
Hari ini, nama Adam Nadhim meniti lagi dibibirku. Dengan kehadiran kad biru ditanganku. Entah mengapa aku terasa sebak. Bukankah dia hanya kenangan. Sepanjang aku di institusi ini, tipulah kiranya tiada yang berjaya mencuit hatiku. Tapi, kehadiran kad ini berjaya membuatku mengenang kembali sejarah lamaku. Sejarah yang
“Mai! Eh, ko nangis ke?” sapaan teman sebilikku, Ziela mengejutkan ku. Aku hulurkan kad biru padanya.
“wah, kad kahwin.. sape kahwin Mai?” soal Ziela lagi. Aku tersenyum.
“Adam Nadhim.”
tamat
0 comments:
Post a Comment