Tapi bagiku,
Ini kisah kita..
Kisah semua tentang kita..
Kau harus tahu kisah itu. Kau harus tahu.
**********************************************************************
PANG!!
Perit. Aku meraba perlahan pipiku. Terasa panas. Air mataku turut mengalir perlahan. Dia hanya memandang dengan wajah kesal. Aku terus memandang tepat ke anak matanya. Cuba menyampaikan rasa hatiku yang kecewa dengan tindakannya,walaupun aku tahu dia tidak sengaja.
“Nad.. Maafkan Eiz. Maafkan Eiz”, ujarnya sambil cuba memaut bahuku. Aku tepis dengan perlahan. Terasa berat yang teramat didadaku. Sebak yang tidak dapat ku gambarkan dengan kata kata. Ini bukan kali pertama. Walaupun kali ini raut kesal terpamer diwajahmu.
“cukup Eizmal. Cukup.Aku dah tak mampu nak terima lagi..” hanya itu yang mampu ku ucapkan sebelum berlalu meninggalkannya.
**********************************************************************
“mana Pn. Wan ni..? jarang dia lambat. Kelas batal ke?” tanya Safa padaku. Aku hanya mengangkat bahu. Kau tanya aku pe kes..?! ingat aku tahu ke..? dah la bebudak kelas ni bising. Tak macam budak U langsung. Terpekik terlolong. Urghhh,aku pun keliru macamana kami ni boleh masuk Universiti. Beginilah selalunya kalau bebudak ni terlebih awal masuk dewan kuliah. Takde sorang pun yang nak bukak buku. Bukak cerita ada la. Tapi,aku tahu. Bergelar siswa dan siswi jurusan Pengajian Hubungan Antarabangsa dan Strategik ini bukanlah senang sesenang nak mendaftar masuk jurusan ini. Susah wa cakap lu. Kalau nak mengadap buku je memanjang boleh gila dibuatnya. Apatah lagi bila masuk kelas Pn. Wan ni, bila dah mula menulis nota tu, nak angkat kepala pun susah. Tak boleh “missed” sikit pun. Semua penting. Aku tersengih sendiri.
“wei babe, ko pehal sengih sorang sorang ni..? ingat aku ea?ahahahahah”jerkah Eizmal,sahabat baikku. Mia disebelahnya juga turut tertawa. Aku memandang mereka geram. Namun kemudian tersenyum bersama. Eizmal dan Mia adalah sahabat baikku. Kami kenal semenjak MHS lagi. Satu sekolah menengah,satu kolej dan satu jurusan major. Tapi aku rapat dengan mereka sejak menjejakkan kaki di universiti ini sehinggalah sekarang.
“kau memang kan. Suka ja nak memusnahkan impian aku. Sekeh laju laju kang..” jelingku pada Eizmal. Dia tersengih sumbing.
“aku memang pemusnah impian kau. Ahahahahahah”gelak Eizmal lagi. Aku hanya mengangkat kening pada Mia tanda malas hendak melayan Eizmal lagi. Mia hanya tersenyum. Faham dengan kerenah Eizmal yang selalu bermain. Raut nakal Eizmal berubah serius apabila kelibat Pn. Wan mula memasuki dewan kuliah. Satu satunya sikap Eizmal yang aku kagumi, fokus. Sebab tu dia pandai.
######################################################################
Aku tertawa. Memang sudah kuduga. Hubungan erat antara lelaki dan perempuan sukar berterusan tanpa adanya ikatan cinta. Kulihat wajah Eizmal mula memerah. Mungkin malu. Mungkin marah. Atau mungkin kepanasan dek bahang matahari di gelanggang badminton ini.
“kau gelak ape syaitooonn??!!” jerkah Eizmal. Bibirnya kulihat menggumam. Ketawaku semakin kuat.
“aik, takkan marah kot. Aku gelak suke aa. Hepi kawan aku ni nak berbini.ngahahahahahah”,aku berdekah lagi. Eizmal kulihat tersengih.
“babe,ko ngarut pe ni haa.?aku nak tekel Mia jadik awek la. Belum lagi nak buat bini. Aku ijazah pun tak dapat lagi..nonsense..”
Aku tidak menyahut. Aku terus tertawa,kerana aku sudah menjangkakan hal itu.
Aku ingat lagi, aku, Syed Eizmal dan Mia Azila belajar di tingkatan Enam sekolah yang sama. Tetapi langsung tidak pernah bertegur sapa. Tetapi aku tahu Eizmal dan Mia sememangnya seperti anjing dan kucing. Ada saja yang akan digaduhkan. Aku tahu sebab rakan baikku, Yatie sekelas dengan mereka. Tetapi,sebaik sahaja mendaftar di Kolej kediaman Universiti ini,kami mula rapat. Eizmal dan Mia juga. Kemana mana kami bertiga. Lepak Slow Rock, ke kelas, ke Perpustakaan. Mula mula aku ingatkan kerana hanya kami bertiga di sekolah itu yang menyambung pelajaran di Universiti ni dan tiada sesiapapun yang kami kenal. Tapi persahabatan ini terus erat sehinggalah kami berada dalam semester ke lima kami ini. Sedar tak sedar, tinggal beberapa bulan sahaja lagi kami bergelar siswa universiti ini.
“babe, ko pikir pe..?” suara Eizmal kembali menjengah telingaku. Aku tersenyum.
“rilex dude. Aku tahu Mia pun sukakan kau. Yelah kan, selama ni pun kalau kita bertiga, aku ni cuma macam bayang bayang je pun..hehehe” usik ku pada Eizmal. Eizmal tergelak bersar. Entah apa yang lucu pun aku tak tahu. Tapi kenyataan. Aku memang macam bayang bayang mereka saja. Bayang bayang yang boleh bercakap dan membalas bila disoal. Aku tersenyum lagi. Argh, orang dilamun cinta.
######################################################################
Kisah cinta Eizmal dan Mia pun bermula. Dari kisah persahabatan aku,Eiz dan Mia,kini hanya ada Eiz dan Mia. Dan aku pun mula terpinggir. Kalau dulu, motorsikal Eizmal hanya digunakannya untuk pergi beriadah dan dia sendiri sanggup terpacak berdiri menunggu bas universiti untuk ke kelas bersama sama kami. Kini hanya ada aku. Eizmal akan menghantar dan mengambil Mia pergi dan balik kelas. Alasannya,Eizmal sudah bosan menunggu bas yang entah datang entah kan tidak. Aku masih mampu tersenyum. Walaupun pahit mula terasa. Entah mengapa aku rasa kehilangan. Kehilangan yang terubat ketika melihat Eizmal. Dan terasa kosong ketika bersama Mia..!
Aku tidak pernah membiarkan perasaan itu mengawalku. Aku cuba menjadi seperti dulu. Nadia pada Eizmal dan Mia. Cuba bersenda dengan mereka. Cuba menjadi pendengar setia mereka. Tapi. Aku tahu sesuatu sedang berlaku. Naluriku mengatakan sesuatu yang aku sendiri cuba menafikannya. Aku seorang perempuan. Aku mengerti hati seorang perempuan. Dan aku yakin, Mia sedang menjauhkan dirinya dariku. Menjauhkan Eizmal dariku. Menjauhkan diri mereka dari persahabatanku..!! aku keliru. Aku kecewa dengan Mia. Sahabat yang sering mengerti diriku kini menjauhkan diri. Silapkah aku?
“Mia bukan bencikan Nad. Tapi Nad kena paham. Mia perlukan privacy dengan Eiz. Nad tau kan, Mia dengan Eiz bukan macam dulu lagi. Kami perlukan ruang untuk lebih mengenali. Kami nak hidup bersama sepanjang hayat kami. Mia nak kenal Eiz sedalam dalamnya. Dan kalau ada Nad, Mia tak tahu nak kenal Eiz macamana. Eiz tu kalau ada Nad nak main main aje. Mia harap Nad paham..” itulah kata kata Mia sebelum berlalu meninggalkanku. Aku terdiam. Tidak mampu membalas sepatah pun. Terasa koyak yang amat didalam hatiku. Ya, cinta itu buta. Dan cinta itu benar benar telah membutakan sahabatku itu.
Semenjak itu, aku hanya menjadi sang pemerhati. Bukan lagi si bayang bayang yang turut merasai kegembiraan sebuah persahabatan. Kini, duniaku hanya diisi Ilham. Yang dahulunya tidak pernah kusedari kewujudannya di dewan kuliah ku ini. Ilham lah yang sudi menemani langkahku,mendengar bicaraku dan menjadi sahabatku. Namun, aku tetap merasai kehilangan kamu Eiz,Mia.
Tetapi, aku masih ingat lagi. Petang itu. Ribut. Kilat sabung menyabung. Aku mendapat panggilan telefon dari Eizmal. Panggilan yang sudah berbulan tidak pernah menjengah telingaku. Dan panggilan “babe” itu masih lagi tertuju padaku. Eizmal menangis. Menceritakan luluh hatinya dilukai Mia. Kekasih yang diharapnya setia keakhir hayat kini berpaling pada jejaka lebih berharta,lebih berupa. Dan aku masih menjadi sahabat setia. Menadahkan telinga mendengar dan memujuk kelukaan hatimu Eiz. Ilham pun turut memahami. Memberikan aku ruang untuk menjadi sahabat terbaik disisimu.
Siapa yang menyangka, kebaikan yang aku berikan bagi merawat hati Eizmal telah menanam bibit cinta dihatinya. Eizmal melamar cintaku. Eizmal merayu hatiku untuk tidak melukakannya seperti apa yang Mia lakukan. Dan aku setuju walaupun dalam hatiku sudah tidak ada apa apa perasaan pun padanya. Mungkin benar jodohku dengannya. Aku yakin Mia takkan terasa denganku. Mia sendiri sudah punya pengganti. Sejak itu, Ilham turut menghilangkan diri. Aku sedih. Terasa benar benar kehilangan.
Aku bahagia bersama Eizmal. Eizmal melayanku bukan seperti dulu. Bukan lagi bersikap nakal tetapi kini lebih menjagaku. Aku mula menanam impianku bersamanya. Dengan yakin aku dan Eizmal merancang untuk bertunang selepas masing masing menerima ijazah nanti.
Cuti semester pun bermula. Cuti sepanjang dua bulan itu aku lalui dengan harapan. Semester depan,semester terakhirku di Universiti ini. Aku harap cuti ini mampu menenangkan fikiranku sebelum fasa akhir pengajianku nanti. Aku harap, cuti ini Eizmal sentiasa mengingatiku. Harapan ku tinggal harapan. Eizmal berubah dingin sepanjang cuti itu. Dan Ilham kembali dengan sekeping nota bahawa dia sentiasa ada disampingku suka dan dukaku. Kekeliruanku terjawab sebaik sahaja cuti semester berakhir. Terjawab dengan pelukan gembira Mia.
“Nad,Mia happy sangat. Mia tak sangka Eiz masih sayang kat Mia. Kami dah bersama semula Nad. Mia harap kalini hubungan kami akan kekal. Mia takkan buat kesilapan dulu lagi” kata Mia sambil erat memeluk tubuhku. Tanpa Mia sedar air mataku mengalir deras. Fahamlah aku kenapa Eizmal beria-ia mahu merahsiakan hubungan kami dulu.
Aku masih ingat petang itu. Waktu yang sama seperti waktu aku menerima panggilan Eizmal. Kali ini esakanku pula yang kedengaran. Bukan dalam panggilan telefon. Tapi bersua empat mata. Eizmal langsung tidak mahu memandangku. Dengan ego Eizmal memberitahuku, Mia cinta pertamanya, cinta sejatinya. Aku harus mengerti.
“Eiz kejam! Eiz takde hati perut! Sampai hati Eiz! Sampai hati Eiz musnahkan impian Nad!” aku menangis menolak keras tubuh Eizmal. Dan tamparan keras juga menjadi habuan wajahku.
“kau dah lupa Nad, aku kan pemusnah impian kau. Ingat tu!” Eizmal mendengus marah melihat darah mengalir dibibirku. Tiada belas kasihan dan berlalu pergi.
**********************************************************************
Hari ini, tamparan yang sama aku terima. Minggu hadapan, aku akan bergelar seorang isteri. Isteri kepada Ilham. Sahabatku juga kekasihku. Menerima aku apa adanya. Dan hari ini,seperti hari hari sebelum ini aku sering diganggu. Eizmal. Sudah dua tahun kisah itu berlalu dan kau masih mengejarku.
Hari ini juga, Mia menangis memohon dipercepatkan Allah diambil nyawanya. Mia sengsara akan jalan hidup yang dipilihnya. Mia hamil anak Eizmal. Sudah enam bulan. Eizmal masih tidak mahu bertanggungjawab. Dalam kesibukannya mengejarku,masih sempat Eizmal “berbudi” pada Mia. Aku sebagai seorang sahabat, cuba menemui Eizmal. Cuba untuk menyedarkannya realiti kehidupan. Dan hanya rayuan yang meloyakan yang aku dengar. Eizmal enggan bertanggungjawab. Katanya, kandungan Mia bukan darah dagingnya. Mia lakukan bersamanya, mungkin Mia juga lakukannya dengan lelaki lain.
“kau bukan Eizmal yang aku kenali dulu. Kau bukan Eizmal sahabatku dulu. Aku dah taknak dengar rayuan sumbang kau tu Eiz. Aku loya. Aku cukup bencikan kau. Apa dah jadi dengan kau ni Eiz?! Jangan jadi binatang Eiz..!!” esakku seperti dua tahun yang lalu. Dan seperti itu juga aku menerima tamparan Eizmal. Cuma kali ini dengan raut kesal diwajahnya.
**********************************************************************
Aku disini. Dikamar putih ini. Menemani suamiku. Kekasihku. Ilhamku yang terbaring sepi diatas katil bercadar putih dengan alat sokongan hayat disisinya. Ilham dilanggar kereta selepas kami diakad nikahkan pagi tadi. Dan sehingga kini, aku masih lagi dalam pakaian pengantinku. Menanti bicara suamiku. Menanti nafasnya kembali menderu menyebut namaku.
“aku pemusnah impian kau Nadia. Ingat! Impian kau hanya dengan aku.bersama aku,” jeritan Eizmal ketika digari polis masih terngiang ngiang ditelingaku. Eizmal. Beginikah akhirnya kisah persahabatan kita..?
**********************************************************************
Kau harus tahu kisah itu. Kau harus tahu. Kerana itu aku sedia mencoretkan kisah ini untukmu. Eiz, selepas kau ditahan oleh polis, kau diletakkan disini. Mereka kata kau gila Eiz. Kau hilang kewarasanmu dek tekanan hidup yang kau alami. Dan Mia sememangnya memegang janjinya padamu. Sepanjang lima tahun kau disini, Mia setia menjengukmu. Membawa puteramu, Esme mengenalmu sebagai ayahnya. Pembawanya ke dunia ini.
Cukuplah menjadi si pemusnah impian Eiz. Jadilah si pengukir impian pada insan insan yang menyayangimu. Kisah ini ku coret bukan untuk mendendamimu. Tapi buat pengajaran untukmu Eiz. Dan Mia, aku tetap sahabat mu,sahabat Eizmal. Dan kini sahabat dengan adanya Ilham dan puteriku,Iman Najwa disisiku.
tamat
by thea mawaddah - 13 mei 2010
0 comments:
Post a Comment