Jangan pernah bisikanku kata cintamu
Jangan pernah puisikanku madah kasihmu
Jangan pernah belaiku sentuhan hikmatmu
Aku hanya mahu erat peganganmu
Aku hanya mahu cahaya bimbinganmu
Aku hanya mahu indahnya pekertimu
Aku selalu disini. Di pantai ini. Memerhatikan keindahan alam ciptaan tuhan. Maha Agung Allah. Maha pencipta. Tiada yang mampu menandingi kuasa-Nya. Dan seperti biasa, aku ditemani pena hitamku dan diari hitam ini. Hitam. Aku gemar warna ini. Kadang kadang aku rasakan, hitam ini seperti aku. Sunyi,bersendiri dan hanya aku yang mengerti diriku sendiri. Memikirkan itu, aku hanya mampu tersenyum. Bersendiriankah ku? Mungkin ya. Mungkin tidak. Yang pasti Allah sentiasa bersamaku.
Bersendirian di pantai ini membuat aku berfikir. Akankah aku terus sendiri selepas ini? Benarkah jodoh Allah akan sentiasa menemaniku? Aku hanya mampu berharap. Kerana aku percaya dengan jodoh dari Allah S.W.T. Aku yakin. Bagaimana denganmu? Percayakah kamu?
Mereka selalu berkata, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Begitulah sebaliknya. Tetapi, Allah lebih mengetahui. Siapa yang tahu, yang jahat itu akan berubah apabila berjumpa dengan yang baik. Atau mungkin sebaliknya. Apapun,aku percaya jodoh daripada Allah. Cinta suci yang lahir dari biasan syurga.
**************************************************************************
Iman Hayati. Itu namanya. Gadis yang selalu ceria. Senyum dan tawanya sering menghiasi hari harinya. Siapa yang tidak mengenalinya. Lambaian rambut ekor kudanya sahaja mampu membuat jejaka menoleh dua kali padanya. Lesung pipit di dua belah pipinya mampu menarik hati turut tersenyum melihat senyumannya. Sering ditemani teman teman gadis yang juga menawan menjadikan dia antara yang terkenal di kolej itu.
Sayang, namanya tidak seindah pekertinya. Iman Hayati. Atau lebih senang dipanggil Yatt. Tidak selembut wajahnya. Tutur kasar, kata kesat sudah menjadi permainan bibirnya. Kelab malam sudah menjadi rumah keduanya.
Aku tahu. Yatt juga keliru. Mungkin dibesarkan jauh dari keluarga dan hanya dibelai kasih sayang pengasuh menjadikan dirinya bebas. Dan kini hidupnya terbabas. Aku tahu Yatt
**************************************************************************
Aku juga mengenali Sufi. Jejaka pemalu yang serba sederhana. Tutur katanya perlahan, teratur,sopan dan selalu bernas. Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya. Keningnya tebal dan agak bersambung ditengahnya. Dengan tahi lalat dibawah mata kanannya, aku tahu dia sering jadi perhatian mata mata nakal gadis yang selalu
Bagaimana aku mengenali kedua insan in, Allah yang menentukan semuanya. Dari kedua insan ini semuanya bermula. Dari pertemuan mereka, aku mula berbicara.
Sufi dan Yatt. Dua insan berbeza.bagai putih dan hitam. Terlalu kontra. Pertemuan sering terjadi antara mereka. Berselisih di jalanan, sesekali terpandang sesama mereka. Namun keduanya tidak pernah ambil peduli. Tidak pernah ambil tahu akan siapa keduanya. Dan telah tertulis didalam takdir. Pertemuan bakal berlaku. Dan aku menjadi saksi pertemuan itu.
Petang itu, aku lihat Yatt berlari. Laju kearah bangunan lama itu. Bangunan dewan kuliah yang sudah lama tidak digunakan. Aku lihat Yatt diatas bumbung bangunan itu. Yatt berdiri sambil teresak esak menangis. Pada itu aku tahu, Yatt
Ketika itu, kebetulan aku lihat Sufi sedang berlalu dengan beberapa batang kayu ditangannya. Dan ketika itu aku dengar sufi beristighfar panjang melihat Yatt. Terlepas segala apa yang dipegangnya dan Sufi terus meluru laju menuju kearah Yatt.
“aku ni tak guna. Aku ni bodoh. Biar aku mati. Aku dah tak sanggup hidup lagi. Tolonglah. Biarkan aku mati,” aku dengar Yatt berkata dalam esakannya. Aku lihat lengan Yatt dipaut erat oleh Sufi. Wajah Sufi merah. Aku tahu dia terpaksa.
“astaghfirullah al- azim. Jangan bertindak melulu saudari. Saudari tahu tak apa yang saudari
Sufi melepaskan lengan Yatt dengan perlahan. Aku lihat Yatt duduk terkulai. Tangisannya semakin reda. Aku menjadi saksi luahan Yatt pada Sufi ketika itu. Betapa Yatt terhina dengan peristiwa malam tadi. Ditinggalkan kekasih songsangnya. Dimalukan dikhalayak ramai kerana terlalu merayu akan kekasihnya. Ditampar abang sendiri yang baru sahaja tahu kehidupan sebenar adiknya. Aku tahu Yatt terlalu sayang akan kekasihnya, dan Yatt juga tidak dapat menerima hakikat bahawa abang yang selalu menyebelahinya kini mendaratkan tapak tangan diwajahnya. Sufi hanya diam dan mendengar dengan tenang. Dia pernah terdengar khabar angin akan hidup gadis dihadapannya itu. Namun dia tidak pernah ambil tahu. Mendengar umpatan juga mampu menambah dosanya yang sedia ada.
“tenang. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin Allah mahu Iman sedar akan sesuatu dari peristiwa ini. Allah Maha pengampun Iman. Tenanglah Iman. Iman balik,Iman fikirkan apa yang Iman tak nampak sebelum ni. Allah mahu Iman nilai semula kehidupan Iman,menghargainya dan lihatlah sekeliling Iman. Kunci ketenangan ada pada Iman. Iman.” Lembut sahaja bicara Sufi. Aku tahu hati Yatt berdetak kencang mendengar tiap butir bicara itu. Apatah lagi bila ‘Iman’ keluar lancar dari bibir jejaka itu.
**************************************************************************
Aku lihat Yatt mula berubah. Tidak lagi menjadi rama rama diwaktu malam. Yatt mula melihat apa yang disiakannya dulu. Melihat alam dan mula menjadikannya teman pengubat sunyinya. Tidak lagi ditemani gadis gadis genit yang masing masing hendak lebih dari yang lain. Alam seakan mengerti perasaannya. Bayu menjadi teman bicaranya. Hijau daun penghibur hatinya. Dan dari alam, Yatt mula mengenal penciptanya. Mula sedar, akan siapa dirinya di dunia ini. Tanpa pencipta, siapalah dia.
Dalam kelembutanmu,
Ketegasanmu tak tergugah.
Dalam penuh rasa malumu,
Suaramu menggegar dunia.
Disebalik halus jemarimu,
Tergenggam utuh janji setia.
Wahai bidadari syurga..
Kau tambat hati pada yang ESA…
Aku lihat air mata Yatt mengalir ketika membaca kata kata yang tertulis di buku Riwayat Bidadari Syurga oleh Munif Ahmad itu. Buku itu antara bingkisan pemberian Sufi. Sahabat sekelas Sufi,Aisyah yang menyampaikan bingkisan itu tadi. Selain buku, Sufi juga menghadiahkan sepasang jubah ungu dan hijab buat Yatt. Aku tahu Yatt terharu. Aku lihat Yatt memeluk erat bingkisan itu. Aku turut merasa sebaknya.
“ya Allah, sesungguhnya aku hambamu yang penuh dengan noda. Aku tersasar dari talimu ya Allah. Aku mohon pada-Mu, kembalikan aku pada jalan-Mu,keredhaan-Mu. Payungi aku dengan kasih sayang-Mu Allah..
Allah,apakah yang aku rasakan ini ya Allah. Sesungguhnya aku tidak mahu kasihku padanya melebihi cintaku padamu ya Allah. Aku jatuh kasih pada tiap bicaranya, pada tiap nasihatnya padaku. Layakkah aku mengasihinya. Sedangkan inilah kali pertama kasihku jatuh pada insan bernama lelaki dan aku rasakan aku sesungguhnya terlalu hina dibanding dengannya. Ya Allah, bantulah aku. Sesungguhnya kau lebih mengetahui akan segalanya..” dan aku turut mengaminkan doa Yatt itu.
**************************************************************************
Cinta yang suci ialah cinta yang lahir dari ikatan pernikahan. Cinta yang dihalalkan, cinta yang direstui. Jodoh dari Allah. Tiada sesiapa mampu menghalang. Sama seperti ombak itu. Terus dan terus menyentuh pantai. Siapa mampu menampan ombak.
“assalamualaikum” bisik satu suara ditelingaku. Dengan perlahan kurasa kucupan hangat didahiku. Aku tersenyum malu.
“Iman buat apa sorang sorang ni? Tulis apa tu?” soal Sufi. Suamiku. Aku segera menutup diari hitamku.
“ade r. rahsia. Nanti Iman cerita..” aku mencubit pipinya. Alhamdulillah. Hari ini genap setahun pernikahanku dengan Sufi. Aku bahagia dengan kasih sayangnya. Aku bersyukur punya suami yang menerimaku seadanya dan membimbingku menikmati hidup ini dengan indahnya cinta Allah S.W.T.
Kisah Yatt aku biarkan berlalu menjadi sejarah hitamku. Puas sudah ku lalui detik hitam bersama Yatt. Kali ini biar aku menjadi Iman dan melalui hidup baruku tanpa penyesalan lagi. Diari hitam itu aku tanam di lubang bawah pokok yang telah ku gali seawal tadi. Biar ia berkubur disitu selamanya. Aku kini Iman Hayati. Aku redha dengan bayu kasihmu ya Allah.
0 comments:
Post a Comment